"Ramai rakan sebaya mengadu s@kit, tapi saya Alhamdulillah masih sihat. Mungkin sebab saya tak pernah minum teh atau kopi, hanya minum air oren sahaja.
"Orang lain elak minum air sejuk, tapi saya tiada mas@lah pun. Saya minum saja air sejuk. Apa pun, semuanya saya serahkan kepada Allah."
Itulah jelas pelakon Ruminah Sidek atau mesra disapa Mak Mah, dimana dia memberitahu, amalan penjagaan dalam pengambilan makanan sejak usia muda menjadi petua untuk membantu mengekalkan kesihatan.
Ujar Mak Mah, dia juga tidak mengambil minuman yang mengandungi kafein seperti teh atau kopi.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, pelakon ini turut mendedahkan bahawa dirinya tidak bergantung kepada ubat-ubatan, walaupun disahkan menghidap dar@h tinggi dan diab£tes.
"Saya memang tak makan ubat. Saya jaga pemakanan sajalah seperti tumis air makanan orang Jawa, bukan lauk yang berat-berat.
"Dulu anak-anak ada juga menasihati saya, tapi sekarang mereka pun sudah diam," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment