13 August 2025

PEGUAM ANNA JOBLING TAMPIL BERSUARA : "DIA TIDAK DISENTUH ATAU DIKELUARKAN DARIPADA KERETA"



"Saya pergi buka kunci kereta kali kedua, tiada sesiapa pun yang dikeluarkan daripada kereta. Dia (Ariz) tidak disentuh atau dikeluarkan daripada kereta seperti yang didakwa, hanya kad akses milik Anna diambil dari kereta."

Itulah kata peguam kepada Anna Jobling iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman menerusi perkongsian di media sosial, dimana dia tampil memberi penjelasan mengenai kem£lut yang berlaku diantara pelakon itu bersama ibunya, Ariz Arop.

Dalam hantaran tersebut, Nurliyana turut berkata, tiada sebarang perg£lutan di antara Anna dan ibunya dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada malam Ahad.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada perkongsian itu lagi, turut memaparkan rakaman kereta dipercayai milik Anna yang terletak di kawasan parkir, dimana ia juga memperlihatkan Nurliyana membuka pintu kereta sebelum Ariz menjerit ke arahnya.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan punca perbal@han tersebut berlaku dan rakaman tersebut dipercayai dirakam sendiri oleh Anna yang berada di dalam kenderaan lain.

Peguam Anna dalam masa sama juga menolak dakwaan ibu pelakon itu bahawa dirinya dikunci daripada dalam kereta seperti yang diperkatakan kerana jelasnya, kereta tersebut boleh dibuka daripada bahagian dalam, malah ketika kejadian ia tidak berkunci.
"Kereta itu boleh dibuka daripada bahagian dalam. Kereta tidak dikunci, tetapi individu itu masih enggan keluar," tuturnya.

Sebelum ini, ibu Anna tampil berkongsi mengenai kem£lut yang berlaku di antara dia dan anaknya pada malam Ahad hingga membuatkan sudah tidak dapat menahan sabar.

Malah dalam satu video yang dimuat naik, Ariz turut mendakwa kejadian tersebut telah membuatkan dia berasa terh1na apabila anaknya itu sanggup memanggil peguam untuk mengeluarkannya daripada kereta terbabit.
Dalam pada itu, Anna menerusi hantaran lain, turut kedengaran suara Anna yang meminta bantuan seseorang dipercayai seorang peguam untuk mengambil kad akses miliknya dengan nada suara yang c£mas.

"Fanna, tolong ambilkan kad akses saya, ada di tingkap bahagian penumpang," ujar Anna atau nama sebenarnya, .

Terdahulu, Ariz mendedahkan pernah menerima perintah injunksi pada Disember tahun lalu daripada Anna yang hanya membenarkan dia berjumpa anaknya dalam jarak 100 meter.
Bagaimanapun, katanya, selepas perbincangan antara wakil peguam kedua-dua pihak, perintah itu dibatalkan, namun dia masih perlu mematuhi beberapa syarat tertentu.

Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis, sekali gus mengundang pelbagai sp£kulasi dalam kalangan netizen.

Akui Ariz lagi, hubungan dia dan Anna kini berada dalam keadaan tegang, selain k£sal apabila anak kandungnya sendiri sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: