"Selepas buat laporan polis tempoh hari, minggu depan saya akan ke pejabat SKMM untuk beri kenyataan di sana. Sekarang barulah ada rasa lega sedikit.
"Saya buat perkara ini bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua orang, terutamanya rakan selebriti, sebab saya rasa golongan ini kerap jadi m@ngsa bvli sib£r.
"Perkara ini bukan sesuatu yang patut dinormalisasikan, apatah lagi sekarang k£coh isu adik Zara... bvli boleh akib@tkan kem@tian."
Demikian ujar pelakon Sophia Albarakbah, 32, dimana dia berasa lega selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan menjadi m@ngsa bvli sib£r dan g@ngguan s£ksual di media sosial.
Kata Sophia atau nama sebenarnya, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, minggu depan dia diminta untuk hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberikan keterangan berhubung k£s tersebut.
Klik untuk gambar besar
Ulas pelakon itu lagi, pendedahannya di media sosial sebelum ini menjadi m@ngsa bvli sib£r sedikit sebanyak memberi kesedaran terhadap mereka yang menganggap situasi itu sebagai perkara r£meh.
"K£s kem@tian akib@t bunvh diri disebabkan bvli sib£r sangat tinggi seperti di Korea Selatan. Syukur negara kita tak begitu, tapi k£s seperti itu memang wujud.
"Selepas saya tunjuk bukti di media sosialsebab ada yang kata saya mengada-ngada sampai buat laporan polis, barulah mereka faham. Mungkin sebelum ini mereka tak tahu, jadi saya perlu beri kesedaran tentang apa yang berlaku.
"Lepas saya dedah bukti, semua orang faham... perkara yang jadi ini memang sangat melamp@u," tuturnya yang meluahkan rasa terharu apabila menerima sokongan daripada ramai rakan artis yang pernah melalui situasi sama.
"Saya rasa ramai rakan selebriti lain turut jadi m@ngsa, sebab itu ramai yang beri sokongan pada saya. Ada yang mesej dan saya rasa mereka faham apa yang saya lalui.
"Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka kerana prihatin dengan apa yang jadi," katanya yang sebelum ini membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selepas mendapat kec@man melamp@u di media sosial.
Menurut peguam yang mewakilinya iaitu Aizat Azam, komen yang diterima bukan sahaja berunsur pengh1naan, malah turut melibatkan ugvtan s£ksual secara terbuka terhadap anak guamnya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment