13 August 2025

TAK MAHU LAGI BERLAWAK DI ATAS PENTAS - SABRI YUNUS AKAN LIHAT BENTUK KOMEDI SEBELUM TERIMA TAWARAN : "KALAU DAH TUA KITA TENGOK MACAM GELI PUN ADA... KALAU DALAM LAKONAN, WATAK, ITU OKAY..."



"Kalau tak bermusim pun, sampai satu peringkat dah tak sesuailah saya tengok. Watak-watak komedi ini kita tengok semasa muda saja. Kalau dah tua kita tengok macam geli pun ada.
"Dah tak sesuai nak buat lawak contohnya. Sampai satu waktu, saya percaya orang komedi kalau dia tidak bertukar menjadi orang tak komedi (s£rius) , tetapi komedinya harus bertukar."

Demikian kata pelakon Sabri Yunus, 64, dimana dia tidak mahu lagi berlawak di atas pentas seperti dulu kerana baginya, komedi antara benda yang tidak perlu dia bawa selama-lamanya disebabkan ia adalah antara watak ataupun lakonan yang bermusim.

Dalam pada itu, Sabri yang mula dikenali dengan watak komedi menerusi sitkom popular 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' pada era 1990-an, menjelaskan, dia tidak bermaksud watak komedi tidak sesuai lagi dengannya tetapi dia perlu melihat kepada bentuk komedi itu sebelum menerima tawaran berlakon.

"Kita harus memikirkan komedi macam mana yang sesuai. Kita tak boleh fizikal dengan tenaga dan apa kita yang lebih banyak dalam pemikiran. Yang ada gagasan, itu lebih baik dalam komedi, lebih sesuai.

"Kalau dalam lakonan, watak, itu okey. Tapi kalau kita buat komedi pentas, orang nampak orang tua, penonton tengok dah lain lah. Dah tua dah engkau, nak buat komedi. Tapi kalau watak lain, jadi watak, dia bukan Sabri.

"Macam kena pertimbanglah. Orang jemput berlakon sitkom saya okey, tapi saya kena tengok komedi macam mana dia nak. Kalau saya nak berguling-guling macam orang muda tak bolehlah. Ada yang tak sesuai dengan saya kan," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: