"Kami sudah berkawan lebih 15 tahun. Saya tak pernah terlintas pun nak berkahwin dengan dia. Malah ketika kami berpimpin tangan sewaktu melakukan aktiviti paran0rmal itu pun beralas.
"Memang banyak netizen yang cuba 'kenen-kenenkan' kami tapi saya tak layan kerana saya anggap Vida sebagai kawan karib. Saya nak kahwin dengan dia pun t@kut sebab kekayaan kami tidak sama, tapi saya serahkan jodoh dan ajal kepada Tuhan."
Itulah kata penyanyi dan pengacara, Roslan Shah, 53, dimana dia menjelaskan, kestabilan kewangan menjadi punca dirinya t@kut mendekati Datuk Seri Vida, malah dia juga sudah menganggap usahawan sens@si itu tidak lebih daripada sekadar rakan karib memandangkan mereka sudah lama berkenalan.
Sebelum ini, gelagat Roslan Shah atau mesra disapa Cik Lan bersama Vida ketika melakukan aktiviti paran0rmal di Singapura menjadi perhatian ramai.
Klik untuik gambar besar
Dalam pada itu, ulas Roslan lagi, sikap 'gentleman' yang ditunjukkan semasa rakaman paran0rmal bersama Vida adalah sekadar untuk mengurangkan rasa t@kut rakannya itu.
"Kami sama-sama t@kut, tapi dia lebih pen@kut. Jadi saya kenalah lebih berani sikit bila dengan dia dan selesaikan misi kami bersama," ujarnya yang turut menjawab mengenai tindakannya yang dilihat memeluk Vida kerana ket@kutan selepas mendengar bunyi anjing menyalak.
Disamping itu, Roslan memberitahu, dia tidak pernah berniat untuk mengambil kes£mpatan, sebaliknya ia tindakan spontan kerana terk£jut dengan sesuatu yang tidak dijangka.
"Saya sudah minta maaf pada dia, kami terpeluk bukan sengaja. Saya terk£jut ketika itu, tiada niat nak ambil kes£mpatan. Saya tak terlintas langsung kerana saya perlu menyelesaikan cab@ran diberikan dan aktiviti yang dibuat juga hanya sekadar hiburan," tuturnya.
Sebelum ini, Cik Lan dan Vida merakamkan aktiviti paran0rmal di sebuah lokasi di Singapura dan disiarkan menerusi saluran YouTube MBK Film Studio dan rakaman tersebut menjadi tular selepas rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka yang melucukan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment