"Saya benar-benar terk£jut dan terharu dengan pencalonan ini. Ia satu penghormatan besar bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk seluruh pasukan produksi Hai Cinta, Dengarkanlah."
Demikian kata pelakon Anna Jobling, 25, apabila tercalon dalam kategori Outstanding Asian Star – Malaysia di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul (SDA) 2025 yang bakal berlangsung 2 Oktober depan.
Pencalonan berprestij itu diterima Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, menerusi lakonannya dalam drama popular TV3 untuk slot Akasia berjudul 'Hai Cinta, Dengarkanlah'.
Klik untuk gambar besar
Ujar Anna, dia menganggap kejayaan itu sebagai satu pencapaian kolektif dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada keluarga, rakan sepasukan pr0duksi dan peminat sentiasa menjadi sumber inspirasi utamanya dalam berkarya.
"Sokongan daripada keluarga, rakan-rakan sepasukan dan peminat sentiasa menjadi sumber inspirasi saya. Saya berharap dapat membawa pulang kemenangan ini untuk Malaysia," ujarnya.
SDA 2025 yang berlangsung pada 2 Oktober depan di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan adalah pengiktirafan paling berprestij menghimpunkan bakat-bakat terkemuka dari seluruh Asia.
Di acara itu nanti, Anna akan berentap s£ngit dengan bintang-bintang ternama dari Jepun, China, Thailand, Filipina dan negara-negara Asia lain.
Sistem pemilihan pemenang untuk kategori itu ditentukan sepenuhnya melalui proses undian global yang dijalankan menerusi aplikasi IDOL CHAMP.
Tahun lalu, kejayaan turut berpihak kepada Malaysia apabila pelakon Siti Saleha berjaya merangkul trofi dalam kategori sama itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment