21 August 2025

"SAYA SANGAT TR4UMA UNTUK MENJEJAKKAN KAKI KE THAILAND DENGAN APA YANG BERLAKU" - EDA EZRIN TIDAK AKAN PERGI MELANCONG ATAU TERIMA TAWARAN DI THAILAND DALAM TEMPOH BEBERAPA TAHUN INI



Susulan apa yang berlaku, ternyata memberi impak besar buat penyanyi dikir barat iaitu Eda Ezrin apabila dia sudah s£rik dan tr@uma untuk melancong atau membuat persembahan di Thailand.
Jelas Eda, jika sebelum ini dia banyak ke negara jiran itu atas urusan kerja, namun dia akan menolak sekiranya menerima tawaran persembahan di sana.

"Saya sangat tr@uma untuk menjejakkan kaki ke Thailand dengan apa yang berlaku. Justeru, saya tidak akan pergi melancong atau menerima tawaran membuat persembahan di negara jiran itu dalam tempoh beberapa tahun ini.

"Selepas lebih sembilan bulan berada di sebalik tir@i b£si (penj@ra), ia meninggalkan tr@uma yang sangat besar buat diri saya.

"Sebelum ini pun, setiap kali berkunjung ke Thailand terutama Wilayah Narathiwat, saya hanya pergi untuk membuat persembahan sahaja. Saya bukan melancong semata-mata," tuturnya.

Dalam pada itu, Eda berkata, sepanjang sembilan bulan di penj@ra, antara pengajaran diperoleh adalah untuk lebih berhati-hati untuk mempercayai kawan.

"Nak cari kawan memang ramai, namun nak mencari sahabat sejati adalah perkara paling sus@h. Bila kita berada di penj@ra, baru kita sedar siapa kawan atau siapa sahabat. Bila kita berada di fasa terendah, tiada kawan yang datang melawat," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: