"Tak terkata... Ini sal@h satu perkara yang terhebat sepanjang hidup saya," itulah tulis pelakon Sarah Hildebrand, 35, dimana dia berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata sulung perempuan hasil perkahwinan bersama suaminya yang berasal dari Amerika Syarikat.
Berita gembira itu dikongsikan Sarah atau nama penuhnya, Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, menerusi satu hantaran terbaharu di media sosial pada pagi Khamis.
Dalam perkongsian itu, Sarah turut memuat naik foto bersama suami dan bayi mereka di bilik bersalin sejurus selepas kelahiran serta mengakui dia tidak mampu berkata-kata dan berasa amat bersyukur dikurniakan rezeki zuriat ini.
Klik untuk gambar besar
Momen penuh em0si itu menarik perhatian ramai, termasuk rakan selebriti dan peminat yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa agar keluarga kecil ini sentiasa diberkati.
"Tahniah! Selamat menjalani tempoh berpantang."
"Alhamdulillah, tahniah Sarah dan suami. Semoga segala urusan dipermudahkan."
"Wah, mesti comel anak Sarah. Apapun tahniah buat kalian berdua!" antara komen-komen yang tulis netizen.
Terdahulu, Sarah meng£jutkan peminat apabila mengumumkan dia telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka warga Amerika Syarikat pada Ogos 2024.
Pada Februari lalu, Sarah turut berkongsi berita kehamilannya dengan memuat naik gambar alat ujian kehamilan di media sosial, sekali gus mengesahkan bakal bergelar ibu buat kali pertama.
Sebelum ini, Sarah pernah berkahwin dengan pelukis kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019, namun mereka memilih untuk berpisah tanpa mendedahkan tarikh sebenar perceraian.
Selepas mengumumkan pengunduran daripada dunia seni pada tahun 2022, pelakon drama 'Pujaan Hati Kanda' ini berhijrah ke Amerika Syarikat dan kini berkhidmat bersama Tent£ra Udara Amerika Syarikat (US Air F0rce).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment