"M@ti sy@hid itu cita-cita tertinggi, tapi tujuan saya ke sana adalah untuk membawa kehidupan dan harapan kepada saudara kita di Gaz@.
"Kalau Allah izinkan sy@hid, itu anugerah. Kalau Allah panjangkan umur, itu amanah untuk terus berjuang. Saya hanya sedia berkhidmat, selebihnya saya serahkan pada Allah."
Demikian jelas penyanyi Zizi Kirana, 40, dimana dia bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk kem@tian apabila bakal menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaz@ pada 31 Ogos ini.
Kata Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, sekiranya ditakdirkan tidak kembali ke tanah air selepas misi tersebut, dia reda dengan ketentuan Allah.
Dalam pada itu, Zizi memberitahu, ibunya banyak bertanya mengenai keputusan yang dibuat, namun akhirnya reda dan mengikhlaskan segalanya.
Tambahnya lagi, suaminya yang juga pelakon, Yusuf Bahrin turut sudah memberikan keizinan penuh untuk dia menyertai misi berkenaan.
Klik untuk gambar besar
"Mereka semua doakan saya selamat balik, tapi jika berlaku sebaliknya mereka reda sebab saya pergi dengan niat nak sampaikan bantuan," tuturnya.
Disamping itu, Zizi berkongsi mengenai perjalanan ke Gaz@, dimana katanya, dia bersama beberapa aktivis dari Malaysia akan berangkat ke Tun1sia pada 31 Ogos ini sebelum berlayar melalui Laut Medit£rranean bersama puluhan kapal yang turut disertai oleh 44 negara terlibat.
"Dalam misi ini saya akan mengikuti pertubuhan Sumud Nusantara yang digerakkan dari Malaysia bersama tujuh negara lain termasuk Indonesia, Thailand, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Filipina, dan Maldives. Saya tidak pasti berapa ramai aktivis dari Malaysia yang terlibat dalam misi ini.
"Gerakan ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang diketuai Global Sumud Flotilla yang berjaya menghimpunkan 44 buah negara untuk mem£cahkan kepungan Isr@el ke atas Gaz@ serta membina semula solid@riti global.
"Puluhan kapal layar akan terlibat dalam misi ini. Kami semua akan berkumpul di Tun1sia terlebih dahulu untuk menjalani sesi latihan sebagai persediaan sekiranya berdepan s£rangan daripada tent£ra Isr@el seperti yang berlaku dalam beberapa misi sebelum ini," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment