"Saya anggap sebagai satu hikmah, Allah nak uji. Bayangkan pada awal k£s saya dig@ri sampai masuk lok@p. Persepsi masyarakat terhadap saya masa itu, ramai fikir saya seorang kaki pukvl perempuan.
"Bila keluar rumah, perempuan tengok saya macam 50-50. Tapi bila k£s digugurkan, saya rasa bersyukur dan lega sangat. Kalau saya betul-betul pukvl, saya akan mengaku sahaja untuk tutup k£s."
Itulah kata penyanyi Radhi OAG yang meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya membebaskannya daripada tudvhan menced£rakan bekas isteri, Nur Shahira Ayu Zahiril pada April 2022.
Ujar Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, 48, keputusan itu memberi nafas baharu buat dirinya selepas tiga tahun berdepan tek@nan dan pandangan s£rong masyarakat.
Dalam pada itu, ketika mengimbau kembali detik awal pertuduhan terbabit, Radhi mengakui kehidupannya cukup terk£san apabila banyak tawaran persembahan terpaksa dibatalkan, malah perkara tersebut turut memberi k£san kepada kestabilan em0sinya.
"Masa mula-mula pertuduhan, saya masuk lok@p kerana ditah@n r£man kemudian bila balik banyak persembahan saya dibatalkan.
"Terduduk lama juga. Saya akui mengalami tek@nan sampai em0si pun jadi tak stabil. Tapi syukur, ada juga sahabat-sahabat dan penganjur yang percaya dan beri saya kerja. Alhamdulillah," tuturnya.
Pada Jumaat lalu, peguam Radhi iaitu Haziq Aizuddin Subhi memaklumkan, anak guamnya dilepas dan dibebaskan selepas Majistret Farah Azura Mohd Saad mendapati pihak pendakwaan gag@l membuktikan k£s prima facie.
Katanya, mahkamah juga memutuskan wang jaminan dikembalikan kerana tiada bukti wujudnya s£rangan terhadap pengadu.
Selain itu, pihak peguam turut mempertimbangkan untuk mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada bekas isteri Radhi kerana didakwa membuat kenyataan berlebihan yang menj£jaskan imej serta periuk nasi penyanyi itu.
Untuk makluman, Radhi mendirikan rumah tangga dengan Shahira pada April 2014, sebelum bercerai pada Julai 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 9, dan Muhammad, 8.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment