"Saya harap orang melihat kepada bakat saya dan bukannya siapa saya. Saya tak rasa menumpang nama ayah untuk dapatkan 'job'."
"Sekiranya saya tak ada bakat, tentunya ASWARA tak ambil saya sebagai pelajar mereka. Tapi disebabkan saya memang boleh berlakon jadi saya diterima. Bukan nak kata saya bagus.
"Saya tahu di luar pun ramai yang jauh lebih berbakat. Jadi kalau ada yang kata saya tumpang nama ayah, dekat situ saya rasa macam p£lik sikit pasal saya memang belajar cara lakonan yang betul."
Itulah kata anak lelaki kepada pelakon veteran Dharma Harun Al-Rashid iaitu Muhammad Al Syafiq, 36, dimana dia menyangkal dakwaan bahawa dirinya menggunakan nama bapanya untuk mendapatkan tawaran dalam bidang lakonan.
T£gas Syafiq, pembabitannya dalam dunia seni sudah bermula jauh lebih awal sebelum kisah kes£mpitan hidup keluarganya tular dan mendapat perhatian umum.
Dalam pada itu, jelas anak Dharma ini lagi, kerana lebih banyak memegang watak-watak sampingan atau pelakon tambahan dalam pelbagai pr0duksi, kewujudannya dalam industri mungkin kurang disedari sebelum ini.
Syafiq yang merupakan Penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu percaya bakatnya sendiri menjadi faktor utama kejayaannya mendapat tawaran lakonan.
Bagaimanapun, ujar Syafiq, dia tidak menafikan bahawa pendedahan mengenai kisah bapanya baru-baru ini sedikit sebanyak melonjakkan namanya dalam industri seni tanah air.
Jelasnya, kesan daripada itu, dia kini mula menerima lebih banyak kepercayaan daripada golongan penerbit untuk menggalas tanggungjawab sebagai watak utama dalam beberapa naskhah terkini.
"Tapi saya tak boleh nafikan sedikit sebanyak kisah ayah juga menaikkan nama saya. Cuma dari sudut lakonan saya sebenarnya dah bermula sejak 17 tahun lalu, di mana saya pernah terbabit dalam muzik video Datuk M Nasir dan juga untuk Bunga Isme.
"Saya juga banyak terbabit dalam drama Kisah Benar dan beberapa drama lain tetapi hanyalah sebagai pelakon tambahan. Jadi itu sebab kenapa saya tak dikenali sebelum ini," tuturnya.
Disamping itu, Syafiq turut berkongsi cab@ran membawa nama besar bapanya yang sememangnya seorang pelakon legenda, dimana ulasnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah.
Ini kerana katanya, nama Dharma Harun itu sendiri sudah sinonim dengan mutu lakonan yang cemerlang dan justeru itu, harapan yang diletakkan di atas bahunya adalah sangat tinggi.
"Orang ingat macam senang apabila bawa nama bapa, tapi sebenarnya bukan mudah kerana nama Dharma sudah sangat bagus. Jadi saya perlu menjaga 'call time' tak boleh datang lambat.
"Saya juga kena pastikan dah hafal skrip sebelum ke set, pendek kata semuanya perlu sempurna," ujarnya.
Tambahnya lagi, dia juga sentiasa memastikan dirinya memberikan komitmen terbaik, menjaga disiplin dan membuat persiapan rapi sebelum ke lokasi penggambaran demi menjaga nama baik bapanya.
Syafiq dalam masa sama turut merakamkan penghargaan kepada penerbit Datuk A Aida kerana memberinya peluang berlakon di bawah syarikat pr0duksinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment