"Sebenarnya saya rindu nak buat persembahan malam macam dulu tapi suami tak izinkan. Dia cakap biar dia seorang saja kerja sediakan semua benda untuk saya dan anak-anak.
"Sedih juga mula-mula tak dapat terima nak kena berhenti menyanyi malam. Sebab saya memang suka buat persembahan tapi dah empat tahun tak buat persembahan malam duduk rumah saja ambil persembahan untuk acara.
"Lama-lama keinginan nak menyanyi malam itu sudah tiada, rasa sedap dan seronok duduk rumah jaga anak-anak dan boleh keluar bawa mereka pergi sana sini, suami tak mar@h asalkan pandai jaga diri."
Demikian jelas penyanyi dan juga bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom, 38, dimana dia mengakui kini lebih selesa menjalani kehidupan sebagai seorang suri rumah tangga selepas empat tahun meninggalkan kerjaya sebagai penghibur kel@b mal@m.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun ujarnya, keinginan untuk kembali membuat persembahan di kel@b mal@m kini semakin hilang apabila dia lebih seronok memberi tumpuan menguruskan suami, penyanyi Fuad Rahman dan anak-anaknya.
Dalam pada itu, Tom yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya berkata, dia kini mengisi masa terluang dengan menjalankan kerja sambilan, termasuk mempelajari teknik pemasangan veneer gigi dan memprom0sikan perkhidmatan spa kenalannya.
Namun jelasnya, dia tetap mahu berusaha mencari pendapatan sendiri, biarpun suaminya itu tidak pernah meminta bekerja.
"Sebenarnya kerja sambilan ini pun suami cakap tak payah buat sangat. Dia tak pernah suruh saya kerja cari duit bantu dia, kalau boleh fokus jaga anak-anak dan rumah.
"Tapi saya nak buat sebab saya memang jenis suka berkerja ada duit sendiri, asyik minta suami kesian dia. Saya pula suka beli belah.
"Rasanya saya punya masa menyanyi malam sudah habis, 18 tahun berusaha cari duit untuk anak-anak sekarang dah sampai masa untuk bertenang dan buat kerja luar bidang selain muzik," luahnya.
Disamping itu, Tom turut meluahkan hasrat untuk mengubah penampilannya ke arah yang lebih sopan selepas tidak lagi aktif dalam persembahan malam.
"Saya nak pakai baju kurung lepas ini, malas dah nak pakai baju terjojol sana sini, cantiklah tengok orang pakai baju kurung jadi saya nak beli banyak-banyak buat pakaian harian memandangkan dah tak menyanyi malam kan," tuturnya.
Untuk makluman, Tom mendirikan rumah tangga bersama Fuad pada Februari 2025 dan memiliki sorang cahaya mata perempuan.
Sebelum itu, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan berakhir penceraian. Hasil perkahwinan tersebut dia memiliki tiga orang anak lelaki iaitu Megat Ariel Shakur, Putera Adler Iesta, Putera Evans Ezra.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment