31 August 2025

BILA SUAMI DEDAH AIN EDRUCE HARI-HARI AJAK & PAKSA KAHWIN WALAUPUN BARU 3 BULAN KENAL



"Dia (Ain) baru tiga bulan kenal dah tanya bila nak kahwin, hari hari tanya, ajak kahwin. Hari-hari paksa kahwin. Dari tak ada niat pun, niat tu datang sendiri."

Itulah jelas suami kepada pelakon dan pengacara, Ain Edruce iaitu Amirul Hafiz Mustaffa, dimana dia mendedahkan, isterinya itu sudah bertanya mengenai soal kahwin walaupun baru saja tiga bulan mereka berkenalan.

Sementara itu, Ain turut berkongsikan detik awal perkenalannya dengan suami yang kemudian membawa mereka ke perkahwinan.

Klik untuk gambar besar

Ain menerusi satu p0dcast berkongsikan, perkenalan mereka secara tidak sengaja apabila Amirul menegurnya menerusi mesej di media sosial, memuji anting-anting dipakainya.

"Awalnya Amirul tegur dekat media sosial, dia DM kata anting-anting saya cantik. Kemudian kami mula mesej dan kenal-kenal. Lepas tu baru kami keluar berjumpa," tuturnya.

Untuk makluman, Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul pada Disember 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata yang diberikan nama Soraya dan Shaziman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: