"Assalamualaikum. Keluarga kecil kami insya-Allah akan bertambah seorang lagi. Ayda sekarang dah empat bulan hamil. Alhamdulillah. Doakan semuanya dipermudahkan."
Demikian kata pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat dimana dia memaklumkan, dirinya sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan kini sudah mencecah empat bulan.
Ayda berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial miliknya, dimana rakan artis dan pengikutnya tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta mendoakan proses kehamilan dipermudahkan.
Untuk makluman, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Ana Nayla, 3, dan Aali Mateen, 1.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment