11 August 2025

"TERSENTUH HATI BILA SUAMI YANG MUALAF AJAK KITA KE MASJID SELEPAS SELESAI TENGOK WAYANG" - LANA NODIN



Menerusi perkongsian di media sosial, pelakon Lana Nodin telah meluahkan rasa terharu serta tersentuh hati apabila suaminya yang juga seorang mualaf, David McKienzie mengajak mereka sekeluarga menunaikan solat di masjid selepas menonton wayang.
Lana dalam masa sama juga berharap agar hidayah yang diberikan Allah kekal berpanjangan buat suami, anak-anak, dan dirinya sendiri.

"Tersentuh hati bila suami yang mualaf ajak kita ke masjid selepas selesai tengok wayang. Terima kaih Allah. Semoga Allah berikan hidayah terbaik ini untuk suami, anak-anak dan diri sendiri.

"Teruskan istiqamah, hidayah itu mahal (happy dia bila nak ke masjid, siap menari lagi)," tulisnya pada perkongsian itu, dimana rata-rata netizen mendoakan agar rumah tangga pasangan ini akan terus dipelihara.

Untuk makluman, suami Lana iaitu David memeluk Islam dengan nama Mohd Daud McKinzie, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: