12 August 2025

DEDAH TERIMA PERINTAH INJUNKSI, HANYA DIBENARKAN JUMPA DALAM JARAK 100 METER - IBU ANNA JOBLING REDA KALAU KENA MASUK PENJ4RA : "SAYA SUDAH LALUI BERBAGAI 0NAK DUR1, BERGAD4I NYAWA NAK BESARKAN AWAK"



"Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai mana peguam yang awak (Anna) panggil, bagilah banyak mana injunksi yang awak nak bagi. Letaklah banyak mana g@ri awak nak letak, saya tak g£ntar.
"Saya sudah lalui berbagai 0nak dur1, bergad@i nyawa nak besarkan awak. Kalau ini bal@san awak, tak mengapa. Kalau saya kena masuk penj@ra pun saya reda saja. Allah ada, Allah Maha Adil."

Itulah tulis ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop menerusi media sosial, dimana dia mendedahkan, hubungan dengan anaknya itu seolah-olah berada dalam keadaan tidak baik, selain mendakwa Anna tergam@k melakukan perintah injunksi terhadapnya.

Ibu Anna yang berkongsi perkara tersebut menerusi media sosial, turut memuat naik foto keadaan dirinya yang dilihat sedang menangis ketika berada di balai polis dan perkongsiannya itu telah mengundang pelbagai sp£kulasi.

Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, malah Ariz juga ada memuat naik foto tangannya yang kelihatan kemerahan akib@t mengetuk cermin pintu kereta selepas dikunci daripada dalam.

"Tangan b£ngkak sebab tumbvk cermin kereta, saya jadi p@nik tiada pilihan. Allah ada, Allah tak tidur," tuturnya yang turut mengesahkan perkongsian di media sosial itu adalah akaun peribadi miliknya.

Sementara itu, ibu Anna turut mendedahkan, dimana dia pernah menerima injunksi pada Disember tahun lalu apabila dia hanya dibenarkan jumpa anaknya dalam jarak 100 meter.
Kata Ariz, dia k£sal dengan tindakan Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling, 25, yang sanggup memperlakukan ibu kandungnya seperti itu.

Tambahnya lagi, menerusi perbincangan antara wakil peguam, perintah larangan itu terbatal namun masih terikat dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

"Saya pernah dapat perintah mahkamah pada tahun lalu. Tapi perkara itu sudah selesai cuma ada beberapa perintah. Peguam saya dan peguam dia ada berbincang dan injunksi itu terbatal cuma ada beberapa perintah yang saya tidak boleh langg@r.
"Dia minta injunksi supaya saya tidak berjumpa dengannya dalam jarak 100 meter. Dia buat saya sampai macam itu," ujarnya yang tidak berniat ingin membuka cerita tentang anak kandung sendiri, namun kem£lut yang berlaku kepada mereka pada malam Ahad membuatkan dirinya sudah tidak dapat menahan sabar.

Dalam pada itu, Ariz berkata, perintah injunksi sebelum ini didakwa kononnya diterima kerana kelakuan kas@r yang dilakukan terhadap anaknya.

"Saya kalau boleh nak tutup cerita anak sendiri tetapi kejadian semalam (Ahad) betapa dia b0ngkak. Kita berg@duh dalam kereta saja tidaklah sampai bertarik rambut.
"Sebelum ini, dia hantar injunksi sebab dia tak tah@n kena pukvl. Katanya ment@lnya dis£ksa. Saya hanya mahu mengajar anak. Tapi dalam injunksi kononnya kena ment@l t0rture," jelasnya.

Selain itu, Ariz juga memberitahu, dia kini sudah tidak lagi dibenarkan mencampuri urusan kerja pelakon drama 'Melur Untuk Firdaus' itu termasuk memilih tawaran pekerjaan yang diterima.

"Saya juga tidak boleh mencampuri urusan kerja Anna. Sebelum ini saya banyak campur dalam memilih tawaran kerja. Saya tak mahu Anna penat bekerja.

"Kadang Anna tu penat kerja sampai tak ada rehat. Katanya dia memang suka bekerja. Pada akhirnya, saya tetap ibu yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan dia. Saya kenal anak sendiri," katanya. - mStar

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: