"Baru-baru ini saya ada sertai aktiviti sukan, saja cari pengalaman baru sebab selama ini saya hanya berlari saja. Tapi kali ini rakan-rakan ajak sertai aktiviti yang perlukan kekuatan.
"Tapi saya rasa tidak seronok apabila kehadiran saya di acara itu dirakam dan disunting hingga menj@tuhkan maruah saya sebagai wanita.
"Saya tak tengok video itu pun tapi dapat info daripada kenalan. Saya tak kisah nak muat naik video saya tapi janganlah sampai tak menghormati orang lain."
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 30, berkata, apa yang lebih mengec£wakan, video tersebut turut dirakam dan dimuat naik ke media sosial tanpa kebenarannya.
Menurutnya lagi, video tersebut menyebabkan orang ramai memberi tanggapan neg@tif, sekali gus menc£markan nama baiknya sebagai wanita bertudung, selain menyifatkan tindakan itu juga satu bentuk g@ngguan s£ksual.
"Video itu buat orang pandang serong kepada saya dan ia tindakan tidak beretika. Saya okay kalau dia rakam dalam keadaan saya tengah bersedia.
"Tindakannya itu adalah satu gangguan s£ksual sebab keadaan sebenar saya ketika itu sedang gemuruh," ujarnya yang turut memberitahu, dia tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan kerana video tersebut sudah dipadam.
"Setiap perkara ada batasnya. Kalau sudah melampaui bat@s saya akan ambil tindakan undang-undang tapi isu ini saya masih boleh bertolak ansur lagi. Saya anggap video itu hanya gurauan jadi saya tak ambil apa-apa tindakan," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment