24 September 2025

17 TAHUN TAK JUMPA, X-FACTOR 'JEJAK KASIH' GUNA MEDIA SOSIAL - ZACK TAK PEDULI PANDANGAN ORANG ISU JADI 'SUAMI RUMAH TANGGA', ISTERI BERTUGAS SEBAGAI TERT£RA : "ISTERI SAYA SANGAT SIBUK, JADI SAYA TERPAKSA BERK0RBAN..."



"Isteri saya sangat sibuk, jadi saya terpaksa berk0rban dengan menjadi 'suami rumah tangga' sebab bila hantar anak ke pengasuh macam-macam yang berlaku. Ada leb@m sana sini dan saya tak boleh terima itu.

"Jadi isteri saya cakap sama ada dia atau saya yang uruskan anak. Bila sudah buat keputusan saya akui bukan senang, kalau diberi pilihan lebih baik berkerja dan bukan mudah nak menjaga anak 24 jam."

Itulah jelas pelakon dan penyanyi, Zach X-Factor, 48, dimana dia mengaku sibuk menggalas tanggungjawab menjadi 'suami rumah tangga', selepas sudah lama tidak muncul di televisyen.

Kata Zach atau nama sebenarnya, Zachery Francis Ubu, selepas beberapa kejadian tidak diingini menimpa anaknya, dia memilih untuk menjaga anak-anak di rumah.

Tambahnya lagi, keputusan itu dibuat supaya dapat merasai sendiri penat lelah menguruskan anak-anak dan melakukan kerja rumah.

Tutur Zach, keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah terutama dengan keadaan kewangan sekiranya isteri sahaja mencari nafkah.

Klik untuk gambar besar

Pelakon dan penyanyi itu bagaimanapun bersyukur apabila pekerjaan isterinya itu sebagai seorang tent£ra mampu menyediakan tempat tinggal dan kewangan dengan baik.

"Mula-mula memang berat nak buat keputusan sebab tak tahu perjalanannya macam mana, lebih-lebih lagi bila fikir keadaan kewangan tapi beruntungnya isteri saya tent£ra darat.

"Jari segi rumah saya tak kisah sebab boleh duduk dalam kem, dulu saya pun pernah duduk dalam kem sewaktu kecil jadi sudah biasa. Saya memang tak peduli dengan pandangan orang sebab inilah peluang saya untuk menjaga anak," luahnya.

Dalam pada itu, Zach turut mengakui, sepanjang dua tahun bergelar suami rumah tangga, dia ada menerima banyak tawaran berlakon namun terpaksa menolak kerana enggan menyus@hkan ramai pihak.

"Banyak saja tawaran datang tapi saya terpaksa tolak. Pernah sekali saya terima 'job' tapi terpaksa berkejar-kejar nak ambil anak sekolah serta uruskan hal lain.
"Memang meng@nggu jadual pr0duksi dan saya tak nak memb£bankan orang lain," luahnya yang mempunyai dua cahaya mata berusia 10 tahun dan dua tahun, hasil perkahwinan bersama wanita pilihan hati, Jennifer Carterina, pada 2013.

Untuk info suami sebagai suri rumah boleh diistilahkan sebagai 'househusband' atau 'stay-at-home-dads', di mana mereka mengambil alih tugas menguruskan rumah tangga, manakala isteri pula bekerja.

Sementara itu, kumpulan popular era 90-an, X-Factor membuat k£jutan apabila muncul di konsert Elite Live In Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, selepas hampir dua dekad menyepi daripada dunia hiburan.

Kemunculan semula itu disambut dengan sorakan gemuruh dan mengundang nostalgia peminat yang tidak menyangka mereka akan kembali bersatu di atas pentas.

Menurut sal@h seorang anggotanya, Shah atau nama sebenarnya, Irwan Shah Azhar, 47, mereka berjaya kembali bersatu dalam tempoh sebulan sebelum konsert berlangsung, selepas lama tidak berhubung iaitu hampir 17 tahun.
"Kami memang lama tak berhubung kira-kira 17 tahun. Tapi sebulan lalu saya dan Jim mula cari semula semua ahli, ambil masa juga sebab masing-masing dah bawa haluan sendiri," katanya.

Jelas Shah, kerana masing-masing kini mempunyai komitmen kerja dan keluarga, jadi proses menyatukan semula ahli kumpulan bukan sesuatu yang mudah.

Difahamkan, Fendi kini bekerja di sebuah syarikat perbankan, manakala Shah pula merupakan jurulatih gimnasium.

Bagi Jim pula, dia bekerja dalam sektor kewangan dan Danny memandu Grab sebagai sumber rezeki, sementara Zach kini bergelar bapa suri rumah tangga sepenuh masa.

"Ada yang kerja, ada yang dah berhijrah ke luar negara. Tambah pula dulu tak ada WhatsApp Group macam sekarang. Tapi bila dah jumpa balik, rasa macam tak percaya," tuturnya.

Dalam pada itu, Shah mengakui, paling suk@r untuk menghubungi Zach ketika berkongsi kisah menarik di sebalik pencarian ahli kumpulan.
"Dia langsung tak ada media sosial. Saya sampai cari melalui kawan-kawan di Facebook malah tanya tent£ra dan polis sebab saya tahu isteri dia askar dan abang dia polis," ujarnya.

Sementara itu, Zach memaklumkan, mereka semua bertemu seminggu sebelum konsert, dimana kesemua ahli setuju untuk berjumpa kerana ingin memberi kenangan indah kepada anak-anak dan isteri, selain teruja mendengar jeritan peminat.

"Bila jumpa semula rasa macam pr0gram 'Jejak Kasih'. Masing-masing pandang sesama sendiri, rasa teruja sangat. Lagi-lagi bila naik pentas dan dengar sorakan peminat, meremang bulu roma. Macam terimbau balik zaman kegemilangan 25 tahun lalu," jelasnya.

Disamping itu, seorang lagi anggota iaitu Danny atau nama sebenarnya, Mohd Khardanie Anwa, 45, men£gaskan bahawa mereka sebenarnya tidak pernah berp£cah seperti yang disangka sesetengah pihak.

"Kami tak pernah g@duh pun. Tak pernah bub@r. Cuma masing-masing bawa haluan sendiri. Untuk konsert ini, saya ada cuba hubungi Ivan tapi dia sudah undur diri daripada nyanyian. Dia sekarang uruskan perniagaan di Pulau Pinang, jadi tak dapat sertai kami," katanya.

Untuk makluman, kumpulan X-Factor yang cukup dikenali menerusi beberapa lagu hit seperti '725 1364', 'Sehangat Api', 'Tak Sanggup', dan 'Masih Mencari' itu mula bergiat aktif dalam industri hiburan sekitar tahun 1999 hingga 2009 di bawah naungan syarikat rakaman KRU Records.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: