25 September 2025

AKUR KERJAYA S£NDU - ACHEY K£SAL DAKWAAN PERGUNA ANAK, JELAS TAK PERNAH PAKSA TIARA BERNIAGA



"Ya, betul memang tengah s£ndu. Jangan buat akaun palsu semata-mata nak beri komen yang tidak baik kepada saya. Saya tiada mas@lah kalau kalian nak kec@m saya tetapi kalau kec@m anak dan isteri, saya pun terasa."

Itulah luah pelawak Achey, dimana dia berasa terkil@n terhadap segelintir netizen yang menuduh dirinya menggunakan anak untuk meraih perhatian selepas dikatakan sudah tidak relevan dalam industri hiburan.

Menerusi rakaman video tular di media sosial, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 39, tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata selepas membaca komen tersebut.

Klik untuk gambar besar

Tidak menafikan bahawa kerjaya seninya kini tidak semeriah dahulu, Achey bagaimanapun men£gaskan bahawa kec@man yang melibatkan anak dan isterinya adalah sesuatu yang melamp@u.

Dalam pada itu, Achey turut menjelaskan, selepas kejayaan singkat pr0duk 'Tiara Candy' sebelum ini, dia tidak pernah memaksa anaknya, Tiara untuk terus berada di hadapan kamera atau berniaga.
"Saya paling tidak tahan kalau orang kec@m anak saya. Anak saya tidak tahu apa-apa. Sampai sekarang orang cakap saya makan duit anak saya. Kalau kalian cakap saya tumpang rezeki anak saya, memang betul saya tumpang rezeki dia.

"Selepas 'Tiara Candy' mel£top, kalian ada nampak ke saya suruh dia berniaga lagi? Tiada kan? Saya juga yang meniaga," ujarnya yang berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di media sosial miliknya.

Untuk makluman, Achey dan isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat selepas kanak-kanak itu dilahirkan pada 2018.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: