25 September 2025

"BARU MASUK SIKIT SAHAJA, SUDAH NAMPAK T0KSIK" - ANAK LELAKI NORMAN HAKIM & ABBY ABADI BATAL HASRAT JADI ARTIS SELEPAS BUAT SOLAT ISTIKHARAH



"Saya tarik semula kenyataan yang saya cakap mahu masuk bidang lakonan. Sekarang ini saya sudah hilang minat. Sebabnya saya ada nampak benda t0ksik yang berlaku.
"Ingatkan industri ini semuanya gembira sahaja, tapi bila baru masuk sikit sahaja, sudah nampak t0ksiknya."

Demikian tutur anak kepada selebriti terkenal, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danish Hakim, dimana dia membatalkan hasrat untuk menjadi pelakon selepas melakukan solat sunat istikharah.

Kata Danish, dia melihat berlaku kejadian yang disifatkan t0ksik dalam dunia hiburan sehingga hilang minat untuk menjadi artis.

Tambahnya lagi, untuk mendapatkan kepastian, dia melakukan solat istikharah, selain turut menjelaskan, buat masa ini dia tidak mahu masuk dalam dunia hiburan.

"Saya buat solat istikharah, tepuk dada tanya selera, jadi saya 'backoff' dulu. Ibu bapa saya tiada mas@lah, mereka lagi suka," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: