25 September 2025

"KERANA SESUATU YANG TIDAK DIHARGAI, PASTI AKAN DIRINDUI SETELAH IA PERGI" - NORA DANISH KATA GENGGAM SEBELUM HILANG, HARGAI SELAGI DI SISI



"Genggam sebelum hilang, jaga sebelum tiada dan hargai selagi di sisi. Kerana sesuatu yang tidak dihargai, pasti akan dirindui setelah ia pergi."

Itulah tulis pelakon Nora Danish, dimana perkongsiannya itu menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik hantaran ringkas mengenai menjaga hubungan antara satu sama lain.

Nora menerusi perkongsian di Thr£ads, berkata, kita perlu menghargai orang yang kita sayang selagi mereka masih ada serta tidak sia-siakan.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada hantaran Nora yang merupakan seorang ibu tunggal dua orang itu ditujukan kepada umum ataupun mana-mana pihak.

Terdahulu, Nora memuat naik foto lelaki memakai kopiah putih dikenali sebagai Mickey Ayo dan perkongsian itu hangat diperkatakan, sekaligus ramai yang membuat sp£kulasi pelakon itu sedang menjalin hubungan istimewa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: