06 September 2025

"ALAH, ROZITA CHE WAN BOLEH JE MENGANDUNG WAKTU UMUR DAH BERUSIA, ELOK JE" - ATIKAH SUHAIME MAHU PILIH MASA SESUAI UNTUK ANAK KEDUA, ENGGAN TERBURU-BURU



"Mengandung lagi? Lambat lagi. Alah, Rozita Che Wan boleh je mengandung waktu umur dah berusia, elok je. Tak perlu terburu-buru sebab mengandung lambat nanti beris1ko tinggi. Saya akan tentukan masa bila nak mengandung."

Demikian ujar pelakon Datin Atikah Suhaime, 34, dimana dia belum merancang untuk menimang anak kedua dalam masa terdekat, setelah berjaya menurunkan berat badan selepas melahirkan anak pertamanya, Lyla Mulan.

Enggan terburu-buru, Atikah atau nama penuhnya, Nur Atikah Suhaime berkata, dia percaya masa yang sesuai akan tiba untuk menimang zuriat lagi.

Klik untuk gambar besar

Atikah dalam masa sama sempat berselor0h bahawa anaknya itu sudah mempunyai 'abang tiri' iaitu seekor kucing peliharaan yang dianggap seperti anaknya sendiri.

"Lagipun Mulan dah ada Abang Owen, bezanya Owen ini abang tiri. Okaylah itu adik-beradik dah selesai," tuturnya yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya.
Disamping itu, Atikah meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan semula bentuk tubuh asal selepas bersenam dan menjaga pemakanan, setelah pernah berdepan peningkatan berat badan mendadak ketika hamil anak sulung.

"Masih ingat waktu mengandung, makan banyak badan jadi besar. Setengah orang mengandung macam giant, sayalah ibu mengandung yang besar. Saya bersyukur sangat dapat balik badan saya, Alhamdulillah," katanya.

Untuk makluman, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Lyla Mulan pada 8 Mac lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: