"Siapa manusia disebalik akaun TikT0k bernama saya ini? Tolong jangan pergunakan kisah peribadi saya untuk kepentingan kau. Jangan ambil kes£mpatan atas musib@h orang. Kali ini aku memang tersangat mar@h!"
Itulah tulis penyanyi Zehra Zambri, 38, yang berasa berang apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk membuka akaun TikT0k palsu.
Lebih mengund@ng kemar@han, Zehra yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya, berkata, akaun tersebut juga menjaja kisah rumah tangganya bersama bekas suaminya demi mendapatkan populariti.
Klik untuk gambar besar
"Apa m0tif nak menyamar jadi aku ini? Lepas itu k0nten semua tentang kenyataan fitn@h bekas suami aku. Netizen yang tak cerdik percaya benda tak sahih terus c@ci h1na aku! Sudah-sudahlah, aku dah letih ni. Bantu saya rep0rt akaun TikT0k ini," luahnya.
Pada Ogos lalu, Zehra dan bekas suami iaitu Mohd Iqwan disahkan bercerai talak satu melalui talak raj'ie selepas mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.
Zehra juga pernah berkahwin buat kali pertama dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun perkahwinan itu hanya bertahan selama enam bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment