"Alhamdulillah, bila tengok anak-anak berjaya, segala peng0rbanan rasa berbaloi. Saya anggap saya lulus dalam ujian sebagai ibu tunggal. Tiada siapa yang menyokong kecuali doa kepada Allah SWT, emak, sepupu yang juga pengurus saya, dan keluarga terdekat."
Demikian kata pelakon dan pengacara, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, 52, dimana dia tidak dapat menahan sebak apabila impiannya melihat anak-anak menyarung jubah graduasi akhirnya tercapai.
Berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial, Raja Azura meluahkan rasa syukur selepas ketiga-tiga anaknya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), sekali gus menjadi hadiah paling indah dalam hidupnya sebagai seorang ibu tunggal.
Klik untuk gambar besar
Jelasnya lagi, dia sengaja mengatur sesi fotografi khas itu untuk mengabadikan momen berharga bersama ketiga-tiga anaknya, malah dia turut menjemput ibu dan emak saudaranya yang banyak memberi sokongan selama ini.
"Sebenarnya, Megat Muhammad Raziq sudah bergraduasi tahun lalu, Megat Luqman Hakim akan graduasi esok (Sabtu), manakala Puteri Mia hanya tinggal satu semester saja.
"Jadi saya fikir lebih baik ambil gambar sebagai kenangan terindah sepanjang hidup saya," tutur pelakon drama bersiri 'Mat Despatch' itu.
Dalam pada itu, Raja Azura mengakui, kejayaan anak-anak itu hadir bersama pelbagai dug@an dan cab@ran, terutama dari segi kewangan, namun dia percaya rezeki sentiasa datang apabila hati ikhlas membesarkan anak-anak.
"Kadang-kadang saya sendiri terfikir, dari mana datangnya duit untuk membesarkan mereka bertiga. Saya tak pernah buat pinjaman, anak-anak pun tak pernah ambil PTPTN. Hakikatnya, saya tidaklah mampu, tapi Allah beri rezeki cukup untuk kami," ujarnya penuh syukur.
Selain itu, Raja Azura berkata, fokus utamanya hanyalah membesarkan anak-anak tanpa menyimpan dend@m terhadap bekas suaminya, Adzmin Osman yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff selepas bercerai pada 28 September 2010.
Untuk makluman, Raja Azura dan Adzmin mendirikan rumah tangga pada Mac 2001, namun jodoh tidak berpanjangan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak yang kini menjadi kebanggaan pelakon dan pengacara itu.
"Saya tak pernah fikir nak kahwin lagi atau mencari pengganti. Bagi saya, niat saya jelas cuma membesarkan anak-anak sebaik mungkin. Demi Allah, saya tidak berdend@m, cuma saya bersyukur diberi kekuatan melaksanakan amanah ini," jelasnya.
Ujar Raja Azura atau nama penuhnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin lagi, kejayaan anak-anak menjadi pengubat segala penat lelah dan bukti bahawa doa serta peng0rbanan seorang ibu tidak pernah sia-sia.
"Alhamdulillah, akhirnya saya dapat melihat mereka berjaya. Saya mahu jadikan gambar jubah ini sebagai potret besar di rumah, supaya setiap kali melihatnya saya tahu peng0rbanan itu tidak sia-sia," ungkap Raja Azura.
Penerima trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dua kali itu berharap perkongsiannya mampu meniup semangat buat ibu tunggal lain agar terus tabah membesarkan anak-anak, tanpa rasa rendah diri atau berputus asa.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment