29 September 2025

ALAMI S£RANGAN JANTUNG, ANGIN AHMAR RINGAN - PEMAIN KEYBOARD, IS WOW TERIMA RAWATAN DI HOSPITAL



"Benda dah nak jadi. Kurang tidur rasanya juga. Saya kini ditempatkan di aras lima, wad 24, katil 16 HKL. Bagaimanapun, saya sekarang dem@m dan tak menerima pelawat. Insya-Allah esok saya boleh terima pelawat."
Demikian jelas pemain keyboard dan anggota kumpulan Wow iaitu Raja Iskandar Raja Ibrahim atau Is mengenai keadaan yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akib@t s£rangan jantung dan angin ahmar ringan, Jumaat lalu.

Ketika dihubungi, Is yang juga anak kepada pelakon dan pelawak popular, Allahyarham Yusni Jaafar, berkata, ia berlaku kerana kurang rehat.

Sebelum ini, berita itu dimaklumkan beberapa rakan artis termasuk Maestro muzik tanah air, Datuk Johari Salleh yang melawatnya, semalam.

"Hari ini saya dan Eliyana Dato Johari di Hospital Kuala Lumpur menziarahi sahabat lama saya, Raja Iskandar bin Raja Ibrahim.

"Lebih dikenali sebagai Raja Iskandar Is Wow, yang menerima rawatan kerana dis£rang 'mild str0ke dan mild heart-att@ck'.

"Beliau merupakan anak kepada sahabat-sahabat saya, Allahyarhamah Yusni Jaafar dan Allahyarham Raja Lope Ibrahim.

"Bersama-sama kita doakan yang terbaik buat beliau semoga cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa. InsyaAllah. Aamiin ya rabbal al aamiin," tulisnya.

Selain Is yang bermain keyboard, Wow turut dianggotai Ady (penyanyi), Lan (gitar), Man (bass) dan Megat (drum).

Mereka pernah menghasilkan dua album dan popular menerusi lagu 'Kau Yang Satu' dan 'Engkau Tetap Satu'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: