Baru-baru ini, pelakon Syifa Melvin, 31, dan suaminya, pemain bola sepak Kuala Lumpur City FC, Safawi Rashid telah mengadakan majlis 'gender reveal', dimana mereka bakal menimang anak kedua, perempuan.
Berita gembira itu disahkan sendiri oleh rakan baiknya iaitu pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad menerusi media sosial miliknya.
"Tahniah Syifa bakal dapat bayi perempuan. Saya tumpang gembira, dah sepasang (anak lelaki dan perempuan) dah," tulisnya yang berkongsi rasa terujanya.
Dalam pada itu, kakak kepada Syifa iaitu pelakon Syatilla Melvin turut berkongsi momen k£jutan dibuat oleh adiknya itu pada acara 'gender reveal' yang turut diraikan bersama majlis ulang tahun kelahiran anak pertama Syifa pada Ahad.
Klik untuk gambar besar
Kemudian, Syatilla kelihatan bersorak gembira dan melompat teruja atas berita gembira itu selepas mengetahui jangkaannya tepat.
Sebelum ini, Syifa telah berkongsi berita gembira, dimana dirinya kini sedang hamil anak kedua, namun tidak menjelaskan secara terperinci usia kandungannya.
Untuk makluman, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi pada 28 November 2022 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Saif Sulaiman yang kini berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment