29 September 2025

BUKA JALAN SENI UNTUK KERJAYA SOLO - ANDY N£KAD 'TUTUP BUKU' BERSAMA KUMUPULANNYA, FLOP POPPY



"Kita tutup bukulah. Flop Poppy kalau ada pun, dari dulu memang saya juga yang buat semua kerja. Saya yang buat lagu, saya terbitkan, saya susun muzik, saya menyanyi dan semuanya lah.
"Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya buat sendiri (bergerak solo). Semua anggota Flop Poppy pun sibuk dengan komitmen masing-masing. Jadi, saya kena teruskan dengan apa yang saya nak buat."

Itulah jelas penyanyi dan pemuzik, Andy, 53, dimana dia n£kad untuk 'menutup buku' bersama kumpulannya, Flop Poppy dan membuka jalan seni untuk kerjaya solonya.

Tuturnya lagi, sudah tiba masa untuk dia meneruskan apa yang dimahukan dan dalam masa sama, semua anggota Flop Poppy sibuk dengan komitmen masing-masing.

Dalam pada itu, Andy berkata, sekiranya masih ada peminat yang menggelarnya dengan panggilan Andy Flop Poppy, dia tidak keberatan.

"Kita tak boleh larilah. Orang lain pun begitu juga contohnya Muss walaupun sudah tukar Barbarik, orang tetap panggil Muss MAY juga.

"Dari sudut pandang saya, orang kenal saya sebagai Andy Flop Poppy pun tak ada mas@lah sebab jenama itu pun saya yang buat. Saya rasa lebih mudah sebab dah ada jenama itu," ujarnya.

Terbaharu, Andy baru melancarkan EP Tentang Aku Edisi Khas, kesinambungan kepada album Tentang Aku yang diterbitkan tiga tahun lalu.

Untuk info, Flop Poppy yang ditubuhkan pada 1989 sebagai kumpulan underground mula popular selepas lagu 'Cinta' yang diterbitkan pada 2002 menjadi hit.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: