"Saya mendapat panggilan daripada anak sulung saya, dia menangis teresak esak, saya ingatkan kucingnya m@ti. Sebab sebelum itu dia ada muat baik gambar kucing dia s@kit, rupa-rupanya sebab mama dia.
"Mama dia pula tiga hari sebelum itu, saya tengok dekat IG dia pergi klinik nak buat lutut. Jadi saya terus terfikir ini mesti k£san daripada pemb£dahan itu.
"Anak saya kata mamanya di ICU dan maklumkan bahawa doktor sudah suruh baca surah Yasin. Anak saya kata jantung mamanya sudah berhenti sebanyak lapan kali, jadi saya terus bergegas dengan isteri saya ke hospital."
"Saya sempat melawat A Aida. Saya lihat wayar sudah berselirat di badannya ketika tu. Waktu itu saya sedar ini bukan s@kit biasa-biasa. Tetapi s@kit kr0nik.
"Pada mulanya saya syak dia terkena s£rangan jantung disebabkan faktor umur. Tetapi rupanya dia mengalami k0mplikasi. Saya tengok seolah-olah dia sudah tiada harapan. Jadi kami telah lakukan solat hajat."
"Alhamdulillah saya dapat khabar daripada anak saya memaklumkan ibunya sudah sedar. Paling penting bila dia sedar, dia kenal anak dia. Maknanya 0tak dia masih berfungsi.
"Kita yang paling t@kut adalah bila sedar daripada koma mereka tidak kenal orang. Buat masa ini dia masih belum boleh bercakap kerana ada tiup di dalam mulut. Cuma bila anak saya tanya kenal atau tidak, dia angguk."
Demikian kata bekas suami kepada penerbit dan pelakon, Datuk A Aida iaitu penyanyi Ameng Spring dimana jelasnya, dia menerima panggilan daripada anak sulungnya berkenaan bekas isterinya itu yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Kongsi Ameng, anak sulungnya itu turut memaklumkan, doktor meminta untuk membacakan surah Yasin, selain juga memberitahu, jantung A Aida terhenti sebanyak 8 kali dan diberikan defibrilasi.
Berhubung khabar tersebut, Ameng berkata, dia ada melawat bekas isteri itu dan keadaan A Aida penuh dengan wayar serta seolah sudah tiada harapan.
Dalam pada itu, Ameng meluahkan rasa syukur A Aida kini sudah pun sedar dan mengenali anak mereka serta memaklumkan, Aida kini dalam proses pemulihan dan akan dipindahkan ke wad biasa tidak lama lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment