Setelah sekian lama foto perkahwinan menjadi tanda tanya, akhirnya anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo akhirnya mengesahkan dakwaan itu apabila memuat naik hantaran sekitar perkahwinannya bersama jejaka pilihan hatinya.
"💍♥️," itulah emoji cincin bersama hati yang diletakkan Sabronzo pada ruangan kapsyen hantaran tersebut, dimana ia menandakan dirinya kini milik seorang DJ Belanda dan penerbit muzik elektronik yang kini menjadi anggota utama kumpulan terkenal, Dash Berlin iaitu Ryan Fieret.
Menerusi beberapa foto yang dikongsikan, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30, dilihat anggun mengenakan gaun berona putih sepadan dengan suaminya yang segak berbaju tuksedo krim.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, tular foto perkahwinan Sabronzo dan seorang jejaka yang dipercayai berlangsung di Bali, Indonesia sejak Khamis lalu.
Pada Mei lalu, timbul sp£kulasi yang mendakwa Sabronzo sedang bercinta dengan seorang DJ antarabangsa selepas mereka dilihat berbal@s komen di media sosial.
Difahamkan, mereka dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam sebuah acara sekitar awal tahun 2024.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment