29 September 2025

PEGUAM SAHKAN IPPO HAFIZ & ISTERI BERCERAI TALAK SATU



"Mereka (Ippo dan isteri) telah bercerai secara baik, tidak ada sebarang mas@lah," demikian kata peguam syarie yang mewakili penyanyi dan komposer Ippo Hafiz iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan.

Ketika dihubungi, Fakhrul mengesahkan Ippo sah bercerai talak satu dengan isterinya, Fara Roslan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor pada 21 Januari lalu.

Jelas Fakhrul, proses perceraian pasangan itu berlangsung dengan aman dan perkara itu diulas selepas Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz, 36, memilih untuk berdiam diri apabila ditanya tentang status rumah tangganya.

Dalam temu bual bersama media sebelum ini, Ippo meminta sebarang isu berkaitan k£s perceraiannya ditanya kepada peguam yang mewakilinya untuk mendapatkan sebarang kepastian.

Menurut lagi, hak penjagaan kedua-dua anak telah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Klik untuk gambar besar

"K£s hadanah diselesaikan pada 27 Februari lalu. Hak penjagaan anak diserahkan kepada bekas isteri, tetapi Ippo mendapat hak lawatan," jelasnya.

Terdahulu, Ippo enggan terlalu terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kisah rumah tangganya yang pernah menjadi bualan ramai sebelum ini.

Kata Ippo, apa sahaja yang berlaku antara dia dan isterinya, biarlah menjadi urusan mereka tanpa perlu dihebahkan kepada umum.

"Biarlah kisah peribadi saya simpan sendiri. Kalau boleh saya mahu orang lebih fokus kepada kerjaya muzik," tuturnya.
Sebelum ini, Fara yang mendirikan rumah tangga dengan Ippo pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata, memfailkan cerai terhadap suaminya itu pada Februari 2024 dan melalui proses turun naik mahkamah.

Ippo juga pernah memfailkan nusyuz terhadap Fara kerana mendakwa isterinya itu tidak pulang ke rumah.

Dalam pada itu, ujar Ippo lagi, dia tidak mahu kisah sens@si berkaitan rumah tangga akan menjadi tatapan dua cahaya matanya apabila mereka dewasa nanti.

"Apa sahaja orang nak kata mereka boleh kata. Tetapi saya tidak mahu campur urusan peribadi dengan kerja.

"Saya juga ada anak. Kalau boleh saya tak mahu mereka menonton atau membaca apabila sudah besar nanti. Itu boleh mengg@nggu perkembangan mereka," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: