Selepas bekerjasama lebih sedekad, penyanyi dan komposer iaitu Hael Husaini didakwa telah meninggalkan syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment (RFE).
Menguatkan sp£kulasi itu, album terbaharu Hael berjudul Antonim Pt.II dikatakan tertangguh pelancarannya kerana pengunduran penyanyi itu.
Difahamkan, k0ntrak Hael bersama RFE sudah berakhir pada Ogos lalu, namun menurut sumber, Hael dilaporkan sedang mempertimbangkan kerjasama bersama RFE serta turut menerima beberapa tawaran daripada syarikat rakaman.
Hael bagaimanapun belum membuat sebarang keputusan kerana sibuk dengan urusan peribadi.
Klik untuk gambar besar
"Difahamkan, pihak syarikat RFE sudah beberapa kali bertemu Hael, tetapi sehingga kini kedua-dua pihak masih belum memuktamadkan sebarang keputusan," katanya.
Dalam masa sama, penyanyi lagu 'Diam' itu dikatakan kini sedang meneliti setiap tawaran kerana mahu memastikan perjalanan karier muziknya terus berkembang menjelang 2026.
"Hael ada perancangan besar untuk kerjaya seni pada tahun depan. Jadi dia mahu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan agar perjalanan kariernya lebih lancar dan kemas untuk masa mendatang," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment