"Dengan rendah hati saya mohon doakan untuk ibu saya yang kini berada di ICU sedang bert@rung nyawa. Semoga Allah berikan kesembuhan, sedarkan dalam keadaan baik tanpa sebarang k0mplikasi.
"Semoga dilimpahkan rahmat. Semoga doa kita semua diperkenankan, dan ibu saya diberi peluang untuk terus bersama keluarga yang amat menyayanginya."
Demikian tutur anak kedua kepada penerbit dan pelakon, A Aida iaitu Azeva Natassha, 24, dalam satu hantaran di media sosial miliknya, dimana dia memohon doa orang ramai agar ibunya itu kembali sedar selepas ditidurkan.
Klik untuk gambar besar
Kongsi Azeva lagi, keadaan ibunya itu kini beransur baik, namun masih lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan sejak Khamis.
"Alhamdulillah sudah semakin okay, tetapi masih dengan alat bantuan pernafasan. Kena banyak pantau lagi," jelas Azeva yang juga merupakan anak kepada penyanyi Ameng Spring itu.
Pada pagi Khamis, A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 55, dilaporkan rebah secara tiba-tiba selepas menjalani rawatan fisi0terapi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
A Aida yang sebelum itu menjalani pemb£dahan lutut pada Selasa dan berada dalam keadaan normal, telah dimasukkan ke ICU untuk menerima rawatan susulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment