27 September 2025

TAK SANGGUP MAHU BERSERONOK SENDIRI - BELLA ASTILLAH GUNA DUIT SIMPANAN BAWA KELUARGA BERCUTI SEKALI KE PERANCIS : "AYDEN & ARA DAH LAMA SANGAT IMPI KE PARIS"



"Alhamdulillah, bukan sahaja dapat bawa anak-anak, tapi ibu bapa saya (tiket penerbangan / hotel dapat sehari sebelum) dan adik sekali, semuanya atas perbelanjaan saya sendiri, syukur Alhamdulillah atas rezeki yang diberi.

"Akhirnya dapat berkongsi tentang percutian kami ke Perancis. Pada mulanya, hanya saya sahaja yang pergi atas urusan kerja. Tetapi bila saya sedar waktu itu cuti sekolah, saya tak sanggup mahu berseronok sendiri, lebih-lebih lagi Ayden dan Ara dah lama sangat impi ke Paris."

Demikian kata pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 31, menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial miliknya, dimana akuinya, dia tidak sanggup untuk ke negara Perancis sendirian apatah lagi kedua-dua anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna mengimpikan untuk ke Paris.

Klik untuk gambar besar

Umum mengetahui, baru-baru ini, Bella dilihat ke Perancis bersama keluarganya serta bagi memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang menyertai Kejuaraan Ironman Dunia 2025.

Jelas Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia ke sana atas urusan kerja namun memandangkan ketika itu adalah cuti sekolah, dia membawa keluarganya sekali ke sana.
Bella yang kini sudah mampu berdikari dan membawa seluruh keluarga bercuti ke luar negara selepas terp@lit dengan pelbagai dug@an dalam rumah tangga itu meluahkan rasa syukur apabila semua perancangan berjalan lancar.

Tambah penyanyi lagu 'Lebih Indah Berpisah' itu lagi, tiket penerbangan dan penginapan itu diperoleh sehari sebelum berlepas dan semua perbelanjaan ditanggung sendiri olehnya.
"Tiket penerbangan dan hotel hanya dapat ditempah sehari sebelum berlepas dan semuanya ditanggung sendiri oleh saya. Syukur Alhamdulillah atas rezeki. Happy sangat dapat gembirakan keluarga, terutamanya anak-anak. Terima kasih, September," tulisnya.

Untuk makluman, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016, sebelum bercerai pada 16 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna yang kini berusia 5 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: