27 September 2025

BUAT LAPORAN POLIS & SKMM SUSULAN FOTO S£KSI TULAR - PENYAMPAI RADIO IKIM FM, SITI ROHANI T£GASKAN TIADA MEDIA SOSIAL, BERANG AKAUN PALSU SEMBANG LUC*H : "MARUAH SAYA SANGAT TERCAL4R..."



"Ini tahun ke-20 saya bersama Ikim FM. Saya tiada satu akaun media sosial pun. Hanya Facebook yang dibuat oleh Ikim dan dikawal oleh pihak pengurusan.

"Media sosial yang ada sekarang semua akaun palsu dan mereka menggunakan kecerdasan buatan (AI) hingga ubah supaya nampak seperti saya.

"Mereka gunakan identiti saya dan bersembang benda luc*h dengan tetamu serta klien Ikim. Sehingga mereka ingat saya yang hantar mesej luc*h itu hingga dipandang neg@tif bila kami kembali bersemuka.

"Terpaksalah saya tanya dan jelaskan perkara sebenar. Maruah saya sangat tercal@r, rasa g£ram, m@lu dan tert£kan bila perkara ini berlaku pada saya."

Klik untuk gambar besar

Itulah tutur penyampai radio Ikim FM, Siti Rohani Surani yang meluahkan rasa k£sal apabila identitinya sering disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak lebih 14 tahun lalu.

T£gas Siti, dia tidak mempunyai sebarang akaun media sosial peribadi melainkan satu akaun Facebook rasmi yang dikawal sepenuhnya oleh pihak Ikim FM.

Dalam pada itu, Siti berkata, lebih memburukkan keadaan apabila akaun palsu tersebut bukan sahaja menggunakan identitinya tanpa kebenaran, malah turut berkomunikasi dengan pengikut menggunakan bahasa luc@h.

Jelasnya lagi, perkara ini telah mencal@rkan maruahnya dan memberi k£san mendalam kepada dirinya secara em0si dan ment@l, selain juga berharap agar k£s ini mendapat perhatian pihak berkuasa dan dapat diselesaikan dengan segera.
"Saya harap semua mendoakan k£s ini diselesaikan dengan segera. Ramai-ramai buat laporan. Saya sudah serahkan k£s saya ini kepada pihak berwajib untuk menjalankan sias@tan dan lakukan tindakan selanjutnya," ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah foto memaparkan seorang wanita berpakaian menc0lok mata ketika berada di gelanggang pickleball, disertai dengan hashtag yang mengaitkan nama Siti Rohani Surani yang dikenali sebagai penyampai radio Islamik.

Susulan itu, pihak Ikim FM telah mengeluarkan kenyataan menafikan sebarang kaitan dengan akaun palsu tersebut.

Malah, Siti juga mengambil tindakan dengan membuat laporan polis serta kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan sias@tan dijalankan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: