27 September 2025

KINI GUNA NAMA ASAL - HANEESYA RASA MACAM DILAHIRKAN SEMULA : "WAKTU ITU SAYA TAK NAK BAWA NAMA KELUARGA (SHARIFAH - NAMA KETURUNAN) SEBAB AYAH SAYA TAK PERNAH MEMBESARKAN SAYA"



"Semua orang tahu nama Sharifah itu nama keturunan, nama keluarga. Jadi waktu itu saya tak nak bawa nama keluarga sebab ayah saya tak pernah membesarkan saya.

"Dia memang tak ada 'in the picture' langsung. Jadi saya macam, buat apa saya nak kena naikkan nama keluarga. Baik saya fokus pada nama yang diberikan emak iaitu Haneesya.

"Dulu orang panggil saya Hanee. Bila disebut banyak kali ia jadi Haneesya Hanee," demikian ujar pelakon Haneesya Hanee, 25, dimana dia kini mengambil keputusan menggunakan nama sebenarnya iaitu Sharifah Haneesya sebagai pembuka buku baharu dalam kariernya.

Kata pelakon drama 'Aku Bukan Ustazah 2' ini, keputusan tersebut dibuat selepas mendengar pandangan ibunya yang mencadangkan agar menggunakan nama asalnya.

Klik untuk gambar besar

Tambah Haneesya lagi, selepas terbabit dengan p0dcast 'No Filter' Kak Lina, dia melepaskan segala-galanya dan perkara ini disedari ibunya.

"Walaupun dah lepaskan semua dan nampak lega tapi bagi mummy masih ada sesuatu yang tak okey dengan saya. Jadi mummy lah yang cadangkan.

"Saya fikir-fikir balik sebab iyalah emak dah sebut kan. Kalau mak dah sebut itu mesti petanda daripada Allah. Ok tak apa, saya siap solat untuk dapat jawapan.
"Dan agak meng£jutkan, masya- Allah bila lepas tukar nama itu, tak tahulah dia rasa macam hidup kembali, rasa macam lahir orang baru. Padahal itu memang nama saya," tuturnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain pula, Haneesya mengakui, dia gembira dan teruja apabila dicalonkan dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular ABPBH bersama 19 calon lain.

Sebelum ini, dia pernah memenangi kategori Artis Baru Wanita Popular pada ABPBH 32 pada 2019.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: