Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 31, menjelaskan, dia enggan lagi mengulas mengenai penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, 34, ketika ditanya berhubung luahan bekas suaminya menerusi temubual bersama Berita Minggu Singapura, baru-baru ini.
Ujar Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, dia tidak perlu bercakap bagi pihak Aliff kerana ia bukan perkara yang mudah.
"Apa-apa saja berkaitan dengan bekas suami, saya enggan komen. Dia dah tiada dalam hidup saya. Bukan senang terutamanya ramai pihak dan banyak hati yang saya nak jaga. Saya memang tak tahu bab itu. Jadi saya doakan yang terbaik untuk semua pihak. Itu saja," tuturnya.
Terdahulu, Aliff menerusi temubual itu melahirkan perasaan kesyukuran dan lega kerana dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna dikelilingi orang-orang yang menyayangi mereka.
Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, malah Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, juga mendoakan kebahagiaan Bella yang kini dikaitkan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Selain itu, kata Aliff lagi, fokus utamanya kini adalah memulihkan diri dan membina semula kehidupan selepas men£mpuh pelbagai ujian peribadi, namun begitu, kerinduannya terhadap anak-anak tetap paling utama.
Aliff dalam masa sama turut mengaku, dia belum berpeluang bertemu atau berhubung dengan anak-anak secara langsung, malah suk@r menonton video mereka kerana terlalu sebak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment