03 September 2025

FAHAM PROS£DUR MAHKAMAH, NORA ARIFFIN AKUI PENAT LALUI PROSES CERAI - DR RUSHDI SERAH SEMUANYA KEPADA ALLAH : "HARAPAN SAYA ADALAH KEPADA PERDAMAIAN"



"Saya sendiri tidak pernah melalui proses (cerai) ini, jadi saya ikut saja pros£dur. Namun, saya tetap mencuba mencari penyelesaian yang paling cepat kerana kalau terlalu lama, ia akan berlarutan.

"Saya sendiri tidak pasti dalam masa terdekat ini sama ada Rushdi (suami) akan memberikan satu keputusan atau bagaimana. Peguam saya juga memberitahu, segala-galanya bergantung kepada dia. Jadi, kita ikut saja kerana pros£dur mahkamah memang begitu.

"Memang penat, tetapi saya faham inilah pros£dur mahkamah. Pernah juga saya tertanya-tanya, tidakkah ada jalan yang boleh mempercepatkan proses ini? Tetapi kerana ia adalah pros£dur mahkamah, kita perlu patuh. Tentunya banyak hukvm dan undang-undang yang terbabit."

Demikian ujar penyanyi Datuk Nora Ariffin, 52, dimana dia mengakui penat selepas kali kelima hadir untuk menyelesaikan k£s perceraiannya dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.

Klik untuk gambar besar

Penyanyi lagu 'Di Persimpangan Dilema' itu bagaimanapun berkata, dia faham mengenai undang-undang dan pros£dur mahkamah yang harus dipatuhi, selain turut kec£wa dengan dakwaan beberapa pihak yang menuduhnya membayar media.

"Apa pun, saya hanya mahukan yang terbaik. Saya dan Rushdi juga sibuk dengan kerja masing-masing. Kadang-kadang orang luar tidak faham, lalu timbul rasa bosan dengan pros£dur mahkamah yang panjang.

"Saya juga sedih apabila dituduh setiap kali hadir di mahkamah, saya membayar wartawan untuk hadir membuat liputan. Masya-Allah, tidaklah sampai begitu. Ini semua adalah pros£dur dan kita wajib hormat mahkamah," tuturnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Rushdi, Azmi Mohd Rais memaklumkan, sekiranya k£s ini diteruskan lagi, kedua-dua pihak akan meneruskan ke peringkat seterusnya iaitu hakam panel mahkamah.
"Kedua-dua pihak, Datuk Nora dan Dr Rushdi melantik wakil hakam pertama daripada kalangan keluarga, dimana Dr Rushdi melantik anak sulungnya, Dr Mohd Shakir Rushdi, manakala Datuk Nora melantik anak sulungnya, Muhammad Syakir Iman Johan.

"Insya-Allah kedua-dua hakam keluarga ini akan bertemu dan mengemukakan laporan. Tarikh seterusnya ditetapkan pada 30 September ini jam 9.30 pagi. Sekarang sudah sampai ke peringkat hakam keluarga. Selepas ini, jika diteruskan, akan dibawa pula ke hakam panel mahkamah," jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Rushdi ketika ditemui media di perkarangan mahkamah, berkata, dia sebagai suami berharap ada perdamaian serta menyerahkan semuanya kepada Allah SWT.
"Apa pun, sebagai seorang suami, harapan saya adalah kepada perdamaian. Dalam Islam, kita serahkan segala-galanya kepada Allah. Kita serahkan kepada perbincangan hakam, lihat bagaimana hasilnya nanti.

"Saya berharap masih ada sinar yang diharapkan," katanya yang turut memberitahu, dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami, ketika ditanya mengenai hubungan dan komunikasi antaranya dengan Nora.

"Kadang-kadang masih perlu berhubung untuk urusan yang tidak dapat dielakkan. Sebagai suami, saya tetap menunaikan tanggungjawab. Tidak boleh ab@ikan kerana dia masih isteri saya," maklumnya.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling semalam menetapkan tarikh 30 September untuk hakam keluarga, Muhammad Syakir Iman Johan yang mewakili Nora dan Dr Mohd Shakir Rushdi yang mewakili Dr Rushdi untuk membentangkan laporan perbincangan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: