03 September 2025

PERNIKAHAN DI THAILAND DISAHKAN MAHKAMAH - FARA SALLEH MAHU URUSAN CERAI SELESAI SEGERA, TAK MAHU JUMPA ATAU TERKAIT LAGI DENGAN SHUK SAHAR



Selepas sekian lama, Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor pada pagi Rabu, akhirnya telah pun mengesahkan status pernikahan pelawak Shuk Sahar dengan Fara Salleh.

Berhubung itu, Fara, 33, menarik nafas lega, selain memberitahu Shuk tidak hadir ke mahkamah, namun menghantar wakil peguam untuk menyelesaikan urusan tersebut.

"Dia (Shuk) tak datang tapi wakilkan peguam sebab itu lambat nak selesai. Hakim terima wakil tersebut sebab saya memang nak urusan kami ini selesai segera. Lebih mudah kalau dia beri kerjasama daripada awal," ujarnya.

Jelas Fara, sebelum meneruskan langkah untuk membuat pengesahan penceraian, dia perlu mendapatkan sijil pernikahan.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Fara juga berharap, urusan melibatkan mereka dapat diselesaikan segera dan enggan kem£lut terus berlarutan.

Malah kata Fara lagi, selepas perceraian mereka sah di mahkamah, dia tidak mahu namanya terus dikaitkan dengan Shuk.

"Proses sekarang ini saya perlu dapatkan sijil kahwin dalam tempoh sebulan. Selepas dapat sijil nikah baru saya boleh selesaikan urusan cerai jadi Insya-Allah dalam tahun ini juga.
"Saya nak bebas dari naik turun mahkamah, saya tak nak jumpa dia (Shuk) atau terkait lagi dengan dia," katanya.

Untuk makluman, Shuk dan Fara bernikah di Thailand pada November 2023 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.

Pada April lalu, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.

Menurut Fara, suaminya melafazkan cerai itu ketika berada di Thailand dan tidak mengetahui tujuan Shuk melakukan tindakan tersebut ketika berada di negara berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: