Susulan isu tular membabitkan penampilan penyanyi Ina Naim dan anak sulungnya, Ehmad Hadie Elhardie dalam pr0gram 'Talk To My Manager' (TTMM) yang disiarkan pada Ahad lalu, Hadie tampil memohon maaf kerana tidak menjaga ibunya dengan lebih baik.
Jelas Hadie, tindakan ibunya yang kelihatan terlalu em0sional sepanjang pr0gram itu bukanlah sesuatu yang disengajakan, sebaliknya ia adalah cara ibunya mengawal perasaan agar tidak menangis di hadapan khalayak.
"Baru-baru ini viral fasal ibu saya... saya minta maaf, mungkin saya tak jaga ibu saya ketika itu. Patutnya saya kena betul-betul 'kunci' ibu saya.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Hadie dalam masa sama turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ibunya sengaja mencur1 perhatian dengan bertindak melamp@ui bat@s sebagai pengurus.
"Dia bukan buat sebab nak popular atau nak bant@i atau p0tong juri. Dia buat untuk saya. Tiada ibu yang sanggup biar orang 't@buh' anak dia depan-depan," ujarnya.
Dalam pada itu, anak Ina juga meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan em0si ibunya yang dikatakan sering membaca komen-komen neg@tif di media sosial.
"Cukup-cukuplah komen neg@tif tu. Saya tak nak dia baca. Ibu selalu baca komen. Saya t@kut dia lemah semangat. Kalau dia menangis, saya pun jadi tak tentu arah.
"Saya berada di pr0gram tu pun sebab ibu. Terima kasih buat yang mendoakan yang baik-baik untuk kami," katanya.
Sebelum ini, tindakan Ina menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa terlalu berlebihan dalam pr0gram realiti TTMM.
Ina bagaimanapun berkata, dia berlapang dada menerima teguran tersebut, sekali gus memohon maaf dengan ket£rlanjurannya itu.
Ulasnya lagi, dia percaya tindakan yang tidak disengajakan itu berlaku supaya dia dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment