11 September 2025

ARIF XPDC AKUI BANYAK TERIMA MESEJ NAK4L TAPI PILIH AB4IKAN : "SAYA BIMBANG AKAN JADI M4NGSA PEN1PUAN SIB£R DI MEDIA SOSIAL"



Anak kedua pemain gitar utama dan ketua kumpulan XPDC, Izo, 61, iaitu pemain gitar XPDC, Arif, 28, mengakui, dia sering mendapat pelbagai mesej nak@l daripada pengikut di media sosial terutama wanita yang ingin berkenalan.
"Tapi, saya tak bal@s pun mesej-mesej itu dan abaikan saja. Saya bimbang akan menjadi m@ngsa pen1puan sib£r di media sosial. Biasalah bila bekerja dalam bidang ini, memang banyak terima mesej daripada orang tidak dikenali.

"Saya cuba juga layan sebaik mungkin, tetapi ada yang keterlaluan. Saya lihat zaman sekarang amat bahaya kerana ada akaun sebenar dan juga akaun palsu.

"Jadi, kita kena bijak jaga diri dan saya cuma tengok saja mesej itu," katanya yang kini menjadi tarikan peminat muda kumpulan rock 'otai' itu terutama wanita kerana memiliki personaliti kacak.

Dalam pada itu, Arif berkata, dia juga masih solo dan belum mempunyai kekasih hati kerana mahu memberi fokus untuk kerjaya seni terlebih dulu.

"Saya masih solo dan belum berpunya (kekasih) lagi. Sekarang, saya pun sibuk untuk karier muzik sebab memang minat. Tapi, tidaklah ke arah terlalu nak sambung legasi bapa saya.

"Asalnya pembabitan saya pun hanya ikut XPDC saja, tak sertai 'show' mereka. Saya hanya tukang pasang peralatan muzik. Tapi, uncle Ali tengok apa saya buat dan dia kemudian ajak 'join' sama.

"Ketika itu juga, ada banyak 'show' XPDC yang guna dua penyanyi sama ada uncle Ali atau Allahyarham Mael. Saya mula sertai XPDC ketika persembahan dengan uncle Ali," jelasnya.

Kongsinya lagi, dia mula menyertai XPDC di antara tahun 2012 dan 2013 ketika berusia 15 tahun, dimana persembahan pertamanya ialah di Konsert Loudspeaker di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Disamping itu, Arif turut mengulas penerimaan peminat terhadapnya, dimana ujarnya, mereka sangat p0sitif, sekali gus menyebabkan dia sering memikirkan mengenai peminat dalam XPDC.

Dalam perkembangan lain, Arif yang mempunyai empat adik-beradik itu akan bersama XPDC dan kumpulan Search Kid Din menjayakan Konsert Fenomena Samurai di Kuching, Sarawak pada 13 Disember depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: