11 September 2025

THALITA BAKAL NYANYI LAGU ARWAH SITI SARAH AHAD INI - SHUIB AKUI SEBAK : "ESOKNYA 15 SEPTEMBER ADALAH ULANG TAHUN KELAHIRAN SARAH YANG KE-41"



"Semua Allah dah susun. Ia secara kebetulan yang Allah nak nampakkan. Maksudnya TTMM (Talk To My Manager) ada cab@ran duet iaitu pada minggu keempat Ahad ini. Saya dah terfikir sebelum ini nak letakkan Hazama dan Talita untuk duet. Lagu ini asalnya nyanyian emaknya dan Hazama.
"Manakala esoknya 15 September adalah ulang tahun kelahiran Sarah yang ke-41. Itu yang buat saya sedih. Tapi t@kut juga bila saya kadang-kadang 'terhighlight' pasal Sarah nanti ada yang cakap saya tak boleh 'move on' walaupun dah empat tahun berlalu."

"Empat tahun ini, tiada satu hari pun yang Sarah itu tiada dalam fikiran saya. Tiada... Setiap hari saya akan n0tis yang dia tiada dengan saya. Setiap hari saya fikir dia tengah buat apa, dia okay ke? Bila Sarah tiada Allah memang aturkan sesuatu yang luar biasa untuk saya sendiri.

"Sebab mungkin Allah nak tunjuk, sepatutnya hambanya ini kena mengingati Dia macam mana hambanya ini kepada satu orang yang sudah Dia ambil. Itulah yang saya lalui. Allah nak ajar saya supaya faham."

Demikian tutur pelawak dan usahawan, Shuib, 41, dimana dia memaklumkan pr0gram Talk To My Manager (TTMM) Ahad ini adalah minggu paling sedih buatnya apabila anak keduanya, Thalita akan menyanyikan lagu Allahyarham isterinya, Siti Sarah iaitu 'Terakhir Buat Teman' berduet dengan Hazama.

Tidak boleh 'move on' dari melupakan arwah isterinya, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, menjelaskan, dia memang menangis seorang diri sejak minggu ketiga pr0gram itu kerana tahu lagu nyanyian arwah isterinya itu akan dinyanyikan oleh anak mereka.

Dalam pada itu, Shuib berkata, dia bersikap terbuka sama ada Thalita atau nama penuhnya, Dzahira Thalita Zahra, 12, mempunyai rezeki dalam TTMM.

"Faktanya ibunya (Sarah) tiada tuah sangat dalam pertandingan. Menang pun sekali iaitu Bintang URTV. Seterusnya lagu-lagu dia popular tapi tak berjaya di Anugerah Juara Lagu.

"Lagunya 'Semakin' berjaya tembus ke AJL 33 pada 2019. Di situ mungkin kita rasa kalau ada rezeki dapat kategori vokal atau lagu terbaik pun memadai, tapi tetap tak dapat juga.

"Dan persembahan paling t£ruk yang saya pernah tengok adalah di AJL itu. Tak capai tahap dia pun sebab kita tahu kemampuan Sarah untuk konsert, untuk show memang 'superb', tapi dia memang tak boleh bertanding," katanya yang turut memberitahu, apabila Thalita masuk TTMM dia amat teruja dengan apa yang dicapai.

"Mulanya saya tak yakin, boleh ke sebab benda ini bukan kecil. Dia kena ada 'full pakej' boleh menyanyi, menari dan macam-macam lagi. Tapi bila mula minggu pertama dapat kedudukan kedua, minggu kedua dan ketiga dapat nombor satu, jadi ada rasa, macam ada kah rezeki dia dalam TTMM sebab tengok keyakinan dia setiap minggu makin naik.

"Persembahan dia makin bagus. Harap-harap ada lah rezeki dia, boleh menang. Ataupun kalau tak menang pun, mungkin persembahan dia setiap minggu dah menang di hati saya pun dah cukup bagus sebab rezeki Allah dah tulis dan tetapkan," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: