"Tak adalah, itu kan tema 'event' (acara). Kami pakai sebab tema 'event'. Itu saja. Kalau ikutkan malam tu semua orang pakai, Kak KM pun pakai. Semua pakai tema pengantin. Bukan saya saja. Itu tema untuk semua orang.
"Ramai lagi artis lain antaranya Dayana Roza, Kak KM dan ramai lagi. Takkanlah saya pakai baju 'fitting' berjalan-jalan kat luar. Tak pernah dibuat orang, 'fitting' baju keluar jalan-jalan. Tak baik fitn@h saya. Orang kata saya 'fitting' baju kahwin.
"Mana ada orang 'rehearsal' kahwin dekat tempat awam. Pada malam itu temanya memang kena pakai baju tradisional busana kahwin. Mungkin sebab semua orang hadir berpasangan, terus orang ingat saya nak kahwin. Belum lagi, itu cuma tema sahaja."
Demikian tutur pelakon Emma Maembong, 33, yang tampil menjelaskan kek£liruan apabila video tular memaparkan dia dan DJ Kidd menggayakan busana perkahwinan dalam satu majlis baru-baru ini, dimana ia disal@h anggap sebagai sesi mencuba baju pengantin.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Emma berkata, keterbukaannya membawa DJ Kidd di khalayak perkara istimewa sehingga perlu dijadikan isu besar.
Ulasnya lagi, kehadiran bersama itu sekadar memenuhi tema majlis dan berhubung itu, perkara terbabit tidak wajar menimbulkan sp£kulasi keterlaluan.
"Nak kata terlalu terbuka, biasa-biasa sahaja. Saya pun tak nak melebih-lebih. Lagipun saya dah tua, cerita saya pun dah tak eksklusif macam dulu," ujarnya.
Sementara itu, Emma ketika ditanya mengenai kontr0versi majlis akikah yang dianjurkan oleh usahawan Addy Kana apabila kini dalam sias@tan pihak polis, bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.
"Majlis orang, takkan saya nak komen. Tak ada 'love'," kata Emma yang mempunyai dua cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah, 2, hasil perkahwinan dengan Muhammad Shazli Azhar pada 2020, sebelum berpisah Oktober tahun lalu.
Disamping itu, diusik mengenai tarikh perkahwinannya bersama DJ Kidd, Emma memilih untuk tidak menjawab kerana enggan campur urusan karier dan peribadi.
"Majlis apa? Tak ada. Saya tak nak cakap pasal peribadi. Memang saya tak nak campur urusan karier dan peribadi," jelas pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, ini.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menyi@sat sebuah video tular memaparkan majlis akikah dengan tetamu berpakaian kuning lengkap bertengk0lok ala istiadat diraja.
Video tersebut didakwa menyal@hgunakan lambang diraja dalam sebuah acara peribadi hingga menc£tuskan perd£batan di media sosial.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment