Takziah diucapkan kepada Khai Bahar atas pemergian bapanya yang meninggal dunia pada Jumaat, selepas setahun lebih ibu penyanyi itu pergi menhadap Ilahi.
Menurut sumber terdekat, bapa Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 31, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9 malam.
Berita duk@ itu pada awalnya dimaklumkan oleh beberapa kenalan rapat keluarga Khai menerusi hantaran di media sosial sebelum mendapat perhatian umum.
Klik untuk gambar besar
Melihat pada hantaran itu, rata-rata pengikut menzahirkan ucapan takziah dan doa buat Khai serta adiknya, Kyra Bahar, selain ada juga yang menitipkan kata-kata semangat apabila penyanyi itu sekali lagi berdepan dug@an besar kehilangan insan paling disayangi.
"Takziah buat keluarga Khai atas pemergian ayahanda mereka. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang beriman."
"Kuat betul ujian seorang Khai Bahar... tahun lalu ibunya pergi, tahun ini bapanya pula menyusul. Allah sayang kamu, teruslah tabah wahai Hero," antara kata-kata yang ditulis netizen.
Sehingga kini, belum ada butiran lanjut mengenai punca kem@tian serta lokasi pengebumian arwah bapa Khai selepas panggilan telefon dan mesej yang dihantar media bagi mendapat kenyataan penyanyi itu tidak berbal@s.
Untuk makluman, ibu Khai iaitu Allahyarhamah Rosnah Muhammad meninggal dunia pada 2 Januari 2024 di Kangar, Perlis.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment