"Saya buat kerana Allah, apa yang saya ada hari ini pun bukan atas sebab saya semata-mata tetapi atas doa orang ramai, ibu bapa dan peminat saya.
"Apa yang ada pada saya bukan milik saya seorang, jadi saya harus berkongsi ketika orang berada di dalam keadaan sus@h. Kadang-kadang dalam RM10 yang kita ada, RM3 sahaja sebenarnya milik kita, selebihnya RM7 itu hak orang lain."
Itulah kata pelawak dan pelakon, Zizan Razak, 41, dimana sikap pemurahnya itu menjadi perhatian ramai apabila sering membantu mereka yang memerlukan.
Jelas Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, sikap bersedekah yang diamalkan bukan untuk mencari perhatian atau pujian, sebaliknya semata-mata kerana Allah dengan niat meringankan b£ban orang lain.
Dalam pada itu, ujarnya lagi, apa yang dimiliki hari ini adalah berkat doa orang ramai, terutama ibu bapa dan peminat, justeru dia percaya rezeki yang diterima wajar dikongsi dengan mereka yang memerlukan.
Selain itu, tambahnya, dia lebih selesa agar ianya tidak mendapat perhatian ramai, namun terbuka seandainya dapat memberi tauladan baik kepada orang ramai.
"Saya lebih suka sorokkan tetapi ada baiknya apabila kadang-kala Allah buka cerita ini bukan untuk saya rasa bangga tetapi untuk bagi inspirasi kepada orang.
"Tetapi saya t@kut kebanggaan itu melal@ikan saya, namun saya harap ini dapat membuka mata. Kalau kita ikhlas akan ada rezeki-rezeki lain yang akan sampai," tuturnya.
Bagaimanapun, akui Zizan, dirinya tidak terlepas berdepan dengan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kes£mpatan dengan men1pu menggunakan pelbagai alasan untuk meraih simpati.
"K£s men1pu atau 'sc@m' memang banyak, membabitkan ribuan ringgit. Selagi Allah bagi saya sihat, saya bersyukur kerana masih boleh terus mencari rezeki.
"Kalau sudah terbukti dia betul-betul sus@h dan saya mampu, saya akan bantu seikhlas mungkin. Tapi kalau rasa was-was, saya lebih berhati-hati.
"Ada juga yang pernah saya bantu, kemudian datang lagi dengan alasan sama, contohnya emak dia hendak dipot0ng kaki. Bila ulang-ulang, mungkin itu 'sc@m'. Apapun saya cuba sedaya-upaya," jelasnya.
Sebelum ini, Zizan menjadi bualan netizen selepas dikatakan sering menghulurkan bantuan, termasuk kepada rakan seperjuangannya, Amir Raja Lawak bagi tujuan perubatan bapanya.
Sikap murah hati Zizan itu sekali lagi mencvri perhatian selepas beberapa individu yang menerima bantuannya berkongsi pengalaman di media sosial.
Rent£tan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan keikhlasan bintang filem 'Polis Evo' itu yang dianggap sebagai contoh terbaik dalam kalangan selebriti tanah air.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment