19 September 2025

BAKAL MUNCUL DENGAN KONSERT SOLO JANUARI 2026 - ADAM AF NAFI BUAT DISEBABKAN KRU : "IDEA TERC£TUS PADA 2023, NAMUN DITANGGUH SEKETIKA"



"Idea untuk saya adakan konsert solo sendiri ini sudah terc£tus pada 2023 iaitu kira-kira dua tahun lalu. Namun, disebabkan beberapa faktor tertentu maka saya fikir perlu ditangguh seketika.
"Perancangan ini memang sudah lama. Tetapi macam saya kata terpaksa menangguhkannya beberapa kali kerana kekangan tertentu seperti bajet dan pertembungan tarikh dengan acara lain.

"Bagaimanapun, saya t£gaskan lagi hasrat ini hadir bukanlah selepas saya tampil dalam konsert GenKRU bersama KRU meskipun mereka tiga beradik itu adalah idola saya."

Demikian jelas penyanyi Adam AF, 42, yang menafikan dia ingin muncul dengan konsert solo Tukang Gempak Adam selepas muncul menjayakan Konsert GenKRU bersama kumpulan KRU pada Mei lalu.

Kata Adam atau nama sebenarnya, Mohd Aizam Mat Saman, dia sebenarnya sudah berhasrat dan merancang untuk mengadakan konsert istimewa itu sejak 2023 lalu, namun ditangguhkan.

Kongsi pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ini lagi, dia memilih tarikh 24 Januari 2026 dan lokasi konsert bertempat di di Galaxy Banquet Hall, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Adam juga mensasarkan kira-kira 1,000 penonton pada kalangan peminatnya akan hadir menyaksikan konsert berkenaan serta ada tiket VIP berharga RM1,000 untuk 20 penonton saja.

"Saya sedar imp@k konsert saya nanti tidaklah sehebat KRU. Tapi, saya anggap ini peluang yang tidak wajar dilepaskan kerana mungkin ada peminat yang merindui kemunculan saya menyanyi.

"Lagipun, bila saya muncul dalam konsert GenKRU itu saya anggap ia sebagai prom0si untuk kemunculan semula dalam nyanyian sebab tengok ramai yang bersorak ketika lihat saya buat persembahan.

"Jadi, saya harap konsert yang dirancang ini akan dipermudahkan dan lancar kerana bagi saya persembahan ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga tanda penghargaan kepada peminat setia saya sejak zaman AF dulu," ujarnya yang berasal dari Sabah itu.

Untuk makluman, Adam yang popular dengan lagu 'Terhangat Di Pasaran' bersama KRU itu sudah dua dekad menceburi karier seni sejak menyertai AF2 pada 2004.

Selain menyanyi, Adam juga pernah aktif sebagai pelakon dan pernah membintangi beberapa filem.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: