19 September 2025

PERBICARAAN BERMULA DISEMBER DEPAN - NAIM DANIEL AKUI IA BUKANLAH PENJALANAN YANG MUDAH, FAIL PERMOHONAN BANT4HAN M4NGSA BERI KETERANGAN SECARA PAUTAN VIDEO



"Ia bukanlah satu perjalanan yang mudah, 'its take a lot of things', tetapi saya percaya proses ini juga adalah sal@h satu cara untuk menjadikan saya lebih matang pada masa hadapan.

"Saya pastikan sentiasa berada dalam kalangan insan tersayang termasuk keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, saya juga kekal cergas. Kalau diri sendiri tidak sihat, bagaimana saya mahu jalani hari dengan baik?

"Cukup tidur, fokus dan kekalkan inspirasi dalam penulisan lagu," itulah ujar penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, 28, ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Akui Naim, bukan mudah untuk dia berdepan dengan pendakwaan di mahkamah ketika ini, selain berkata, hidup perlu diteruskan dan dia perlu menyibukkan diri dengan perkara yang berfaedah.

Naim dalam masa sama turut mendedahkan dia ada terlepas beberapa peluang dalam kerjaya sepanjang proses perundangan berjalan, namun dia kekal p0sitif untuk menghadapinya.

Dalam pada itu, tutur pelantun lagu 'Sumpah' ini lagi, dia gembira tawaran persembahan masih ada, namun mulai sekarang lebih berhati-hati dalam memilih.

"Buat masa ini, saya mahu beri tumpuan penuh terhadap penulisan lagu kerana itu saluran terbaik untuk saya berkarya. Ia juga tanggungjawab saya sebagai penyanyi dan anak seni. Saya mahu fokus pada penulisan kerana merasakan mempunyai kelebihan dalam bidang ini," jelasnya.

Klik untuk gambar besar

Naim ketika ditanya perasaan berkenaan proses hari ini, meluahkan rasa gembira dan syukur kerana segala urusan hari ini berjalan lancar dengan semua pihak memberikan kerjasama yang baik.

"Saya tiba (di mahkamah) seawal jam enam pagi dan menunaikan solat Subuh disini. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar dan semua pihak berikan kerjasama yang baik. Saya berada dalam keadaan baik," tuturnya.

Dalam perkembangan lain pula, Naim juga sibuk menyiapkan rakaman lagu serta kerja prom0si lagu terbaharu yang dijangka dilancarkan hujung bulan September ini.

Disamping itu, Naim meluahkan rasa syukur klip teaser lagu terbarunya mendapat reaksi p0sitif daripada peminat dan fokusnya kini hanya pada kerjayanya.

"Buat masa ini, saya sedang fokus kepada penghasilan lagu baharu. Proses rakaman hampir selesai dan Insya-Allah akan dilancarkan hujung bulan ini.

"Saya anggap ini sebagai satu rezeki yang tidak disangka-sangka. Saya juga sentiasa mendoakan kebaikan buat semua yang masih menyokong dan mendengarkan karya saya.
"Ketika ini, fokus saya hanya kepada kerja dan ingin terus melangkah ke hadapan dengan lebih baik," kata Naim yang hadir ditemani barisan peguamnya iaitu Datuk Amirul Ridzuan Hanif, Mohd. Irwan Sumadi dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique bagi pengurusan k£s am@ng s£ksual fizikal membabitkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, hari ini.

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan tarikh 15, 16 dan 18 Disember ini bagi perbicaraan k£s Naim Daniel yang didakwa melakukan am@ng s£ksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada Mei lalu.

Hakim Datin M Kunasundary menetapkan tarikh itu pada pr0siding pengurusan k£s di hadapannya pagi tadi. Beliau turut menetapkan 17 Oktober untuk pendengaran permohonan pihak pendakwaan supaya keterangan m@ngsa dalam k£s itu dibuat secara pautan video (video link).

Pr0siding pagi ini dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah, manakala Naim atau nama penuhnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, diwakili peguam, Mohd Irwan Sumadi dan Datuk Amirul Ridzuan.

Sementara itu, Mohd Irwan ketika ditemui media berkata, pihak pembelaan membant@h permohonan pihak pendakwaan untuk mangsa memberi keterangan secara pautan video.

"Kami sudah membuat permohonan secara rasmi yang mana mahkamah, untuk isu ini sudah menetapkan satu tarikh hujah iaitu pada 17 Oktober. Maksudnya untuk pihak-pihak berhujah sama ada untuk membant@h permohonan itu di pihak pendakwaan.
"Ini kerana sewaktu perbicaraan nanti m@ngsa bukan lagi berusia bawah 18 tahun, jadi perlu dibicarakan secara biasa, secara normal," jelasnya.

Dalam pada itu, Amirul Ridzuan yang turut mewakili Naim berkata, mereka bagaimanapun menanti keputusan selanjutnya kerana ia tertakluk kepada keputusan hakim pada 17 Oktober ini.

"Hakim boleh benarkan bantahan kami atau menolak. Secara keseluruhan, isu yang penting sekarang pihak kami sudah boleh buat persiapan untuk perbicaraan nanti," ujarnya.

Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, Naim hadir ditemani peguam, Mohd Irwan Sumadi dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique untuk menyerahkan dokumen bagi tujuan pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Naim didakwa melakukan am@ng s£ksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.

Pada 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersal@h atas pertuduhan terbabit. K£s berkenaan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesal@han-Kesal@han S£ksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukvman penj@ra sehingga 20 tahun dan s£batan, jika s@bit kesal@han.

Mahkamah sebelum ini membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport ditah@n dan tidak mengg@nggu m@ngsa serta saksi pendakwaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: