19 September 2025

LAGU 'OLD LOVE' GAG4L TERCALON KERANA ISU TEKNIKAL ISRC - PRESIDEN RIM



"Ini kerana berlaku isu teknikal dengan pendaftaran International Standard Recording Code (ISRC). ISRC adalah pengenal pasti unik dan kekal setiap rakaman bunyi dan rakaman video muzik diterbitkan.

"Ia berfungsi sebagai 'cap jari digital' yang membolehkan penjejakan jualan, penstriman dan r0yalti dilaksanakan dengan tepat merentasi perkhidmatan serta platf0rm di seluruh dunia. Untuk sesebuah lagu dikenal pasti sebagai 'keluaran tempatan Malaysia' dalam Carta Domestik RIM, ISRC lagu mestilah bermula dengan awalan negara 'MY'.

"Dalam k£s 'Old Love', ia didaftarkan dengan tiga ISRC berbeza bermula dengan awalan luar negara (contohnya SE, TL, QZ) dan bukannya MY. Akib@tnya, ia tidak dikenal pasti secara automatik sebagai lagu tempatan.

"Isu teknikal ini menjelaskan mengapa ia tidak diambil kira dalam kategori Lagu Paling Tinggi Distrim walaupun mencapai jumlah strim yang yang berpandukan sepenuhnya kepada Carta Domestik RIM," demikian kata Presiden Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas isu dibangkitkan penyanyi Yuji berhubung lagu nyanyiannya dengan Putri Dahlia iaitu 'Old Love' yang tidak memenangi kategori Lagu Paling Tinggi Distrim Anugerah Industri Muzik 24 (AIM24) walaupun mencatat 360 juta strim di Sp0tify berbanding lagu 'Masing Masing' dendangan Ernie Zakri dan Ade Govinda yang hanya mencatat 12 juta strim dan diangkat sebagai pemenang.

Difahamkan, kategori Lagu Paling Tinggi Distrim AIM24 ditentukan berdasarkan data penstriman dibekalkan penyedia data pihak ketiga melalui proses automatik.

Klik untuk gambar besar

Jelas Rosmin, lagu diiktiraf adalah yang tersenarai dalam Carta Domestik RIM, carta mingguan rasmi lagu tempatan paling tinggi distrim di Malaysia.

Dalam pada itu, ujarnya lagi, tag terbabit membolehkan sistem automatik mengklasifikasikan dan mengambil kira rakaman berkenaan sebagai sebahagian daripada hasil rakaman tempatan Malaysia.

Isu yang dibangkitkan itu diambil maklum RIM serta ingin men£gaskan kepentingan mendaftarkan ISRC melalui RIM bagi semua rakaman muzik yang diterbitkan di Malaysia.

Langkah itu memastikan artis dan penerbit tempatan menerima pengiktirafan sewajarnya, sama ada dalam carta rasmi industri muzik mahupun dalam pertimbangan anugerah muzik.

RIM menggesa semua pihak berkepentingan industri muzik; label, pengedar dan artis bebas bekerjasama memastikan pendaftaran kod ISRC dengan awalan negara 'MY' bagi semua rakaman tempatan.

"Ini akan mengelakkan isu seumpama ini berulang di masa hadapan dan menjamin penonjolan muzik serta artis Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: