19 September 2025

KONSERT EXISTS YANG DIJADUALKAN PADA 4 OKTOBER INI DITUNDA 20 DISEMBER DEPAN



"Dengan rendah hati kami di JioBuddy mengumumkan Exists Premium Live @ PJ ditunda ke 20 Disember di lokasi dan waktu yang sama. Penundaan ini adalah kesepakatan bersama Exists.
"Konsert ini benar-benar bersifat premium, bukan sekadar persembahan biasa. Exists sering tampil dalam konsert 'back to back' dan sudah tentu akan mempersembahkan lagu-lagu malar segar mereka.

"Bezanya, kali ini akan benar-benar premium dari segi muzik, audio dan pengalaman yang lebih intim bersama peminat. Sebab itu kami yakin 20 Disember adalah tarikh terbaik sebagai penutup tahun Exists."

Itulah jelas jurucakap penganjur iaitu Sean Ng, dimana katanya, pihaknya dan kumpulan Exists sepakat dengan keputusan dimana 'Konsert Exists Premium Live @ PJ' yang dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober ini ditunda ke 20 Disember depan.

Kata Sean Ng, keputusan itu dibuat bagi memastikan konsert yang dibawakan benar-benar menepati konsep premium dan eksklusif, sesuai dengan judulnya.

Sementara itu, Along yang mewakili Exists pula memberitahu, konsert tersebut menjanjikan pengalaman persembahan tidak akan dilupakan peminat kerana perubahan tarikhnya memberi lebih banyak ruang untuk persiapan termasuk aspek teknikal.

"Tarikh baharu ini memberi kami peluang memperkemaskan persiapan teknikal. Exists sentiasa mementingkan kualiti dan menghargai setiap sen yang dibelanjakan peminat.

"Kami mahu mereka merasai pesona mewah yang hanya dapat disaksikan sekali seumur hidup," ujarnya.

Disamping itu, pemain bass iaitu Musa pula menambah, konsert ini akan menjadi pesta istimewa buat peminat.

"Kami mahu peminat menanti dengan rindu dan menjadikan konsert ini satu kenangan premium Exists pada hujung tahun nanti," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: