"Kalau saya kahwin bulan depan, mesti sekarang tengah buat persiapan. Saya tak boleh nak cakap iya atau tidak. Tak adil untuk saya bercakap mengenai tarikh kerana keluarga pun belum tahu bila.
"Kalau ada pernah bercakap ke arah itu, saya boleh katakan hanya angan-angan bersama. Belum sampai ke tahap perbincangan s£rius antara keluarga."
Itulah jelas pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 51, yang tampil menafikan dakwaan dia sudah menetapkan tarikh pernikahannya dengan usahawan, Ezwan Zain dalam masa terdekat ini seperti dig£mbar-g£mburkan segelintir pihak.
Ujarnya, jika benar dakwaan itu, pastinya sekarang dia sudah sibuk membuat persiapan, malah dedah primadona itu lagi, perbincangan s£rius antara kedua belah keluarga pun belum ada.
Dalam pada itu, Erra berkata, dia seboleh-bolehnya mahukan perkahwinan yang ringkas tanpa perlu hebahan besar-besaran jika sudah ada kata putus kelak. Namun, dia akur hubungan istimewanya dan Ezwan menjadi sorotan ramai.
Klik untuk gambar besar
"Kalau sudah 'lock' tarikh nanti, tak adalah saya nak hebahkan secara besar-besaran. Siapa yang tahu, tahulah. Saya rasa perkara itu biarlah orang-orang muda yang rasa, bukan saya lagi.
"Saya terbuka saja. Kalau keluarga setuju tahun ini, saya ikut saja. Kami pun bukan nak buat majlis besar-besaran. Cukuplah sederhana tetapi meriah dan bermakna.Saya dah lalui semua itu, dia (Ezwan) pun sama.
"Jadi, kali ini kami nak yang ringkas dan 'chill' sahaja. Apa yang lebih penting ialah kehidupan selepas itu, bukan majlisnya," tuturnya.
Erra dalam masa sama juga tidak menolak khabar angin mengenai hari bahagia bersama Ezwan mula menjadi bualan apabila ada pihak tertentu yang tampil untuk memberi tajaan majlis mereka.
Terdahulu, tular klip video memaparkan pelantun lagu 'Hanya Di Mata' itu muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan dan keakraban mereka juga terus dikongsi terbuka di media sosial.
Untuk makluman, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun berpisah pada 18 Februari 2014.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.
Sebelum itu, Erra pernah berkahwin dengan anggota KRU dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama Yusry.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment