"Dengan rasa rendah hati saya menerima semua krit1kan p0sitif tetapi saya tidak akan memaafkan mereka (netizen) yang bagi kata-kata c£laan serta menga1bkan diri serta keluarga.
"Saya takkan maafkan anda sampai bila-bila selagi anda semua tidak maaf kepada saya sendiri. Linda sangat yakin Allah bagi ujian serta am@ran pada umat yang Dia sayang. Segala yang buruk semua daripada Linda dan yang terbaik hanya pada Allah."
Demikian kata penyanyi Linda Rafar, 47, dimana dia men£gaskan tidak akan memaafkan individu yang mengeluarkan kata-kata c£laan serta menga1bkan berhubung penampilannya di konsert Elite Live In Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Klik untuk gambar besar
Tuturnya lagi, meskipun terbuka menerima krit1kan membina, dia menyifatkan komen-komen bersifat h1naan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Selain itu, Linda menjelaskan, penglibatannya di konsert berkenaan hanya sekadar untuk menghiburkan peminat yang sudah menantikan kemunculan semula kumpulan Elite selepas 25 tahun.
Isteri kepada pelakon Syed Aiman itu dalam masa sama turut memohon maaf sekiranya persembahannya tidak memenuhi jangkaan sesetengah pihak.
"Kemunculan semula ini untuk peminat Elite, jadi saya kena berikan yang terbaik sebagai penghibur. Tentang isu pakaian itu saya rasa okay saja, ada segelintir yang tidak suka itu hak mereka.
"Saya hargai kepada semua yang memberi nasihat tapi rata-rata peminat Elite memang beri sokongan, Alhamdulillah. Saya minta maaf sekiranya persembahan saya tidak sehebat yang anda inginkan.
"Saya sudah cuba buat yang terbaik. Saya rasa lega serta Alhamdulillah konsert ini sudah selesai dan saya boleh kembali ke rutin normal dan keluarga," ulasnya.
Sebelum ini, netizen menegur pemakaian anggota kumpulan Elite yang disifatkan tidak sesuai dengan usia dan imej sebagai wanita Muslimah.
Linda antara yang menerima kec@man hebat kerana membawa imej wanita bertudung dan dikaitkan dengan penglibatannya dalam acara-acara agama seperti majlis usrah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment